Semakan Status Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 (BSH)
Connect with us

BSH

Semakan Status Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 (BSH)

Published

on

Semakan Status Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 BSH
Semakan Status Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 BSH

Semakan Status Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 (BSH) – Setelah kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14, kerajaan Pakatan Harapan telah mengumumkan bahawa bantuan kewangan kepada rakyat masih dikekalkan. Skim bantuan kewangan kepada rakyat yang dahulunya dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), kini digantikan dengan nama yang diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan iaitu Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH).

Kepada semua individu yang memohon bantuan kewangan kepada rakyat atau yang telah mendapatkan bantuan kewangan sebelumnya akan dikaji dari masa akan datang bagi memastikan hanya rakyat yang layak sahaja akan menerima bantuan tersebut. Syarat kelayakan juga akan dikaji dengan teliti bagi memastikan tiada sebarang kesalahan dan penipuan serta memberikan kebaikan kepada yang betul-betul memerlukan bantuan kewangan tersebut.

Buat masa ini, tiada perubahan yang ketara terhadap bantuan kewangan yang diberikan selain nama bantuan yang telah ditukarkan. Malah jumlah bantuan yang diberikan kepada rakyat juga sama seperti jumlah bantuan kepada rakyat yang sebelumnya. Bantuan kewangan kepada rakyat juga masih kekal iaitu penerima juga terbahagi kepada tiga kategori seperti dulu. Untuk pengetahuan umum, penerima bantuan kewangan rakyat terhadap kategori bujang telah dihapuskan

Semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 Melalui MyBSHR Online

Bagi mendapatkan bantuan kewangan kepada rakyat ini, individu tersebut perlu membuat permohonan secara atas talian (online). Bagi mereka yang telah mendaftar, anda boleh membuat semakan status permohonan anda samada permohonan pertama, ataupun permohonan rayuan.

semakan BSH Bantuan Sara Hidup Rakyat

  1. Sila klik pautan di bawah untuk membuat semakan status Bantuan Sara Hidup Rakyat – klik disni ==> https://bsh.hasil.gov.my/
  2. Sila masukkan nombor kad pengenalan yang telah didafrtarkan dan tekan log masuk
  3. Jawab dua solan keselamatan yang diberikan. Anda boleh menukar soalan jikan mahu dan hanya tiga kali percubaan sahaja yang dibenarkan
  4. tekan butang hantar untuk setiap soalan dan semakan boleh dibuat.

Panduan Cara Membuat Semakan Keputusan BSHR 2019 Melalui MyBSHR

  1. Klik menu Semakan Status
  2. Paparan status pemohon akan dipaparkan
  3. Klik butang Cetak Status Semakan untuk cetak semakan
  4. Klik butang Keluar untuk kembali ke Laman MyBSHR

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Ungtuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019, sila lihat FAQ yang disediakan atau hubungi nombor yang disediakan.

  • Sekretariat BSHR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia ( MOF), Presint 2, ^2592 Putrajaya
  • Hotline BSHR LHDNM : 1-800-88-2747 ( waktu operasi : 9:00 pagi – 5:00 petang )
  • Hotline BSHR MOF : 03-8882-4565 / 03-8882-4566
  • E-mel : br1m@treasury.gov.my
  • Potral Rasmi Bantuan Sara Hidup Rakyat : https://bsh.hasil.gov.my/

Diharapkan artikel Semakan Status Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 (BSH) yang dikongsikan ini dapat membantu kepada mereka yang membuat semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *