Semakan CCRIS Secara Online eCCRIS - Thenewsia
Connect with us

Umum

Semakan CCRIS Secara Online eCCRIS

Published

on

Semakan CCRIS Secara Online eCCRIS

Semakan CCRIS Secara Online eCCRIS. Perhatian kepada mana-mana individu yang pernah membuat pinjaman untuk pendidikan mahu pun untuk persendirian (personal loan) atau pun yang baru sahaja ingin berniat untuk membuat pinjaman di bank. Tahukah anda mengapa sesetengah permohonan pinjaman itu susah untuk diluluskan oleh pihak bank? Adakah anda pernah terfikir untuk menyemak status CCRIS anda?

Kini, anda tidak perlu risau lagi. Anda boleh membuat semakan CCRIS secara online dengan sistem eCCRIS.

 

Semakan CCRIS Secara Online eCCRIS

Untuk pengetahuan anda, laporan CCRIS (Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat) bukanlah bermaksud senarai hitam (blacklist) oleh pihak bank. Tujuan CCRIS adalah sebagai ringkasan kepada status kewangan individu. Dari laporan CCRIS juga akan menyatakan rekod pembayaran hutang anda (bayar tepat pada waktu/ tertunggak) dan rekod tersebut akan dilabelkan mengikut nombor.

Dari rekod tersebut akan menentukan kelayakan anda untuk membuat apa-apa jenis pinjaman daripada bank yang dimohon.

Sebelum ini, untuk mendapatkan rekod laporan CCRIS, anda hanya dibenarkan untuk pergi ke Bank Negara Malaysia (BNM) seluruh negeri untuk memuat turun laporan tersebut dengan membawa bersama kad pengenalan pengesahan cap jari oleh para pemohon.

Mengikuti arus pemodenan kini, semakan CCRIS secara online telah diperkenalkan untuk memudahkan setiap individu untuk menyemak status masing-masing tanpa perlu ke BNM.

Hutang Yang Termasuk Dalam Rekod CCRIS

Berikut merupakan senarai jenis hutang yang termasuk dalam rekod CCRIS anda:-

  • Pembiayaan pinjaman peribadi bank
  • Pinjaman rumah/ kedai atau aset dan sebagainya
  • Pinjaman pendidikan PTPTN
  • Kad kredit
  • Pembiayaan pembelian kenderaan (kereta/ motor/ yang berkaitan)
  • Pembiayaan perniagaan


Cara Mendaftar Untuk Semakan CCRIS Online (eCCRIS)

Berikut merupakan kaedah yang perlu anda lakukan sekiranya ingin mendaftar seterusnya menggunakan aplikasi eCCRIS:-

A) Mendaftarkan Butiran Peribadi di Kiosk BNM

  1. Datang ke pejabat utama Bank Negara Malaysia (BNM) pada waktu bekerja yang beralamat di: BNMLINK, Jabatan LINK & Pejabat Wilayah, Tingkat Bawah, Blok D, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur (sila klik laman web BNM-How To Contact)
  2. Daftar sebagai pengguna di kiosk BNM
  3. Lengkapkan segala maklumat peribadi seperti yang diperlukan dalam kiosk tersebut
  4. Masukkan nombor telefon anda
  5. Setelah selesai, anda akan menerima mesej nombor pin 6 angka pada telefon yang telah didaftarkan

B) Login Masuk Ke Sistem Aplikasi eCCRIS

Berikut merupakan langkah susulan selepas mendaftar di BNMLINK Kuala Lumpur:

  1. Log masuk ke laman web https://eccris.bnm.gov.my/eccris/pages/sec/login.xhtml#! (disaran menggunakan Internet Explorer 11 atau Google Chrome)
  2. Klik Log Masuk Kali Pertama
  3. Mulakan pendaftaran anda
  4. Isikan segala maklumat dan butir peribadi anda seperti yang diminta dalam laman web tersebut
  5. Setelah selesai proses tersebut, kini anda boleh menggunakan aplikasi eCCRIS dan membuat semakan status CCRIS anda secara online
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *