Semakan EGtukar Pertukaran Guru Januari 2018 Online

Semakan EGtukar Pertukaran Guru Januari 2018

Semakan EGtukar Pertukaran Guru Januari 2018. Sukacita dimaklumkan bahawa semakan keputusan EGtukar untuk fasa Januari 2018 kini dibuka secara online bagi mana-mana para pengajar yang telah membuat permohonan.

 

Semakan EGtukar Pertukaran Guru Januari 2018 Online

Sistem pengurusan guru (EGtukar) modal pertukaran guru sepanjang tahun 2017 di seluruh Malaysia diadakan dengan tujuan untuk para pengajar yang memohon untuk bertukar tempat dan lokasi mengikut tempat yang dipilih dan mendapat kelulusan untuk berpindah.

Semakan keputusan bagi permohonan pertukaran guru-guru yang terlibat bagi sesi Januari tahun 2018 adalah melibatkan antara negeri/ bahagian, antara daerah dan dalam daerah. Keputusan berikut adalah terhad kepada Pegawai Perkhidmatan yang memohon dalam Gred:

(DG 29, DG 32, DG 34, DG 38, DG 41, DG 42, DG 44, DG 48, DG 52, dan DG 54).

Tarikh Semakan Keputusan Pertukaran Guru

1. Semakan Keputusan Pertukaran Guru Antara Negeri:

  • Semakan dibuka: 23 November 2017 (bermula 6 petang) – semakan kelulusan permohonan pertukaran
  • Semakan ditutup: Akan diberitahu setelah mendapat keputusan rasmi

2. Semakan Keputusan Penempatan Bagi Para Guru Yang Lulus Dalam Permohonan Pertukaran Antara Negeri/ Daerah/ Dalam Daerah:

  • Semakan dibuka: 30 November 2017 – semakan lokasi penempatan yang dimohon

 

Sistem Pautan Aplikasi Modul Pengurusan Guru – Bahagian Pertukaran Penempatan

Semakan keputusan permohonan boleh disemak melalui pautan Sistem Pertukaran Guru Secara Dalam Talian. Masukkan segala butir-butir peribadi yang telah didaftarkan dalam sistem agar anda dapat mengakses segala pemberitahuan terkini dalam sistem tersebut.

Nota Penting

  • SEMUA PERTUKARAN BERKUAT KUASA¬†1 JANUARI 2018.
  • SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA PERTUKARAN YANG DILULUSKAN ADALAH MUKTAMAD DAN TIDAK BOLEH DIBATALKAN.

 

Sedikit Info Tambahan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerangkan bahawa sebarang pertukaran dan penempatan guru-guru ke sekolah di seluruh Malaysia adalah berdasarkan kepada kepentingan dalam mutu perkhidmatan.

Prinsip yang digunakan oleh KPM dalam perlaksanaan proses pertukaran dan penempatan adalah atas dasar:

  1. Lebihan guru: Terdapat lebihan pengisian jumlah guru di sesebuah negeri berbanding jawatan yang telah diluluskan oleh agensi bahagian pusat
  2. Kekurangan pengisian jawatan guru: Terdapat beberapa jumlah jawatan yang boleh di isi di sesebuah tempat
  3. Keperluan opsyen: Guru mengajar dengan berpandukan bidang pengkhususan masing-masing

 

 

Be the first to comment on "Semakan EGtukar Pertukaran Guru Januari 2018 Online"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*