Semakan Keputusan ILKBS IKBN 2018

Semakan Keputusan ILKBS IKBN 2018

Semakan Keputusan ILKBS IKBN 2018. Kepada semua pemohon yang telah membuat permohonan untuk mengikuti kursus ILKBS (Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan), anda boleh membuat semakan kelayakan untuk menyertai kursus tersebut.

Semakan Keputusan ILKBS IKBN 2018

Menurut portal rasmi e-kampus KBS, tarikh semakan bagi keputusan pengambilan ke ILKBS sesi Januari 2018 adalah bermula pada 29 November 2017.

Sedikit Pengenalan Mengenai ILKBS

Untuk pengetahuan anda, Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) merangkumi 13 buah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), 8 buah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), dan 1 Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG). ILKBS merupakan institusi di bawah kendalian Kementerian Belia dan Sukan Negara. Latihan kemahiran yang dianjurkan mengambil masa antara 18 bulan sehingga 36 bulan (3 tahun) mengikut kursus kemahiran yang telah dimohon.

Tarikh Penting Maklumat Kemasukan ke ILKBS Sesi Januari Tahun 2018

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting anda harus ketahui dan sentiasa rujuk dari semasa ke semasa mengenai ILKBS, merangkumi tarikh buka dan tutup permohonan, panggilan temuduga, semakan keputusan kemasukan, pengesahan penerimaan tawaran masuk, permohonan mengemukakan rayuan, semakan keputusan rayuan, serta pendaftaran pelajar baru sesi Januari 2018.

PERKARATARIKHTINDAKAN
Sistem pembukaan ke ILKBS dibuka dan ditutup

 

4/10/2017 hingga 8/11/2017Pemohon
Panggilan untuk temuduga15/11/2017 hingga 16/11/2017Bagi mana-mana pemohon yang memohon program bertemuduga sahaja

 

Semakan keputusan tawaran kemasukan ke ILKBS sesi Januari 2018

 

29/11/2017 (Rabu)Pemohon
Pengesahan penerimaan kemasukan (terima atau tolak tawaran) ke ILKBS

 

29/11/2017 hingga 13/12/2017Pemohon yang berjaya
Permohonan mengemukakan rayuan

 

29/11/2017 hingga 13/12/2017Pemohon yang tidak berjaya
Semakan keputusan calon rayuan

 

20/12/2017 (Rabu)Pemohon yang menghantar rayuan
Pendaftaran kemasukan pelajar baru sesi Januari 2018

 

3 Januari 2018 (Rabu)Pemohon yang telah mengesahkan untuk mengikuti kursus ILKBS

Semoga dengan adanya tarikh-tarikh penting ini akan menjadi garis panduan anda bagi yang berhasrat ingin memasuki ke program anjuran Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan. Jangan lepaskan peluang anda kerana banyak program yang ditawarkan menarik dan amat diperlukan untuk mencari kerja pada masa sekarang ini.

Be the first to comment on "Semakan Keputusan ILKBS IKBN 2018"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*