Semakan Keputusan Kolej Vokasional dan SMT 2018 - Thenewsia
Connect with us

Pendidikan

Semakan Keputusan Kolej Vokasional dan SMT 2018

Published

on

Semakan Keputusan Kolej Vokasional dan SMT 2018

Semakan Keputusan Kolej Vokasional dan SMT 2018. Perhatian kepada mana-mana pelajar yang berminat untuk memasuki Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) untuk tahun 2018, anda boleh membuat semakan keputusan tersebut secara online menerusi laman web yang telah disediakan.

 

Semakan Keputusan Kolej Vokasional dan SMT 2018

Pemohon boleh membuat semakan keputusan Kolej Vokasional dan SMT 2018 secara online pada minggu ketiga bulan Januari 2018. Bagi calon pelajar Tingkatan 3, anda adalah disarankan untuk sentiasa melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengetahui info mengenai tarikh rasmi semakan keputusan diadakan.

Tarikh Penting Semakan Keputusan Kolej Vokasional dan SMT 2018

Berikut adalah maklumat mengenai tarikh penting Semakan Keputusan Kolej Vokasional dan SMT dibuka, rayuan, dan tarikh pendaftaran pelajar.

Semakan keputusan ke Institut Latihan/ Kemahiran seperti ILKA, ILKS dan GIATMARA juga dibuka pada tarikh yang sama dengan KV dan SMT.

NO.PERKARATARIKH/ NOTA PENTING BUAT CALON
1Semakan keputusan dan pemilihan para calon·         4 – 14 Januari 2018: Sesi pemilihan/ temu duga

·         15 – 22 Januari 2018: Semakan keputusan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik

·         Aplikasi Semakan Online: Bahagian Pendidikan dan Teknik Vokasional

2Penerimaan surat tawaran kemasukanUntuk calon lepasan PBS 2017, semakan tawaran boleh disemak melalui laman web rasmi KPM; sptv.moe.gov.my

·         24 Januari – 12 Februari 2018: Calon lepasan PAV 2017, surat tawaran kemasukan akan diedarkan melalui Kolej Vokasional yang telah dimohon

·         24 Januari – 11 Februari 2018: Untuk calon lepasan PAV 2016, surat tawaran kemasukan akan diedarkan melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

3Pendaftaran dan rayuan (Aliran Perdana)·         23 Januari 2018: Pendaftaran murid Aliran Perdana

·         24 Januari – 28 Februari 2018: Permohonan calon secara walk-in atau rayuan

 

*Dokumen yang disertakan hendaklah lengkap bersama surat rayuan ke mana-mana Kolej Vokasional/ Sekolah Menengah Teknik/ GIATMARA/ WISDEC. Antara dokumen tersebut adalah:

 

Borang walk-in/ rayuan, salinan kad pengenalan murid (yang telah disahkan), Salinan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun 2017 yang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

 

4Pendaftaran dan Permohonan Rayuan (Aliran PAV)

 

·         12 Februari 2018- Pendaftaran Murid Calon Lepasan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

·         13 Februari – 28 Februari 2018: Walk-in/ permohonan rayuan di mana-mana GIATMARA/ WISDEC

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *