Semakan Keputusan PSPM 2017/2018 - Thenewsia
Connect with us

Pendidikan

Semakan Keputusan PSPM 2017/2018

Published

on

Semakan Keputusan PSPM 2017/2018

Semakan Keputusan PSPM 2017/2018. Berita baik kepada semua calon pelajar Matrikulasi yang telah menduduki Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM), anda boleh mula menyemak keputusan peperiksaan masing-masing menurut tarikh yang telah ditetapkan.

 

Semakan Keputusan PSPM 2017/2018

Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) merupakan ujian di mana calon-calon akan diperkenalkan mengenai cara-cara pemarkahan (pointer) diberi sama seperti ketika mereka berada di universiti kelak. Ujian ini juga diadakan sebagai pendedahan awal kepada para pelajar tentang sistem pembelajaran di universiti.

Tarikh Semakan Keputusan PSPM 2017/2018

 

Tarikh semakan untuk keputusan PSPM boleh disemak bermula:

  • 27 Disember 2017 (Rabu)
  • Pukul 4 petang

Kaedah Semakan Keputusan PSPM 2017/2018

 

Terdapat beberapa cara anda boleh membuat semakan bagi keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM), iaitu melalui online dan sms:

1. Semakan Keputusan PSPM Secara Online

Anda boleh layari laman web rasmi Semakan PSPM OnlineBagi mana-mana calon yang melakukan semakan secara online, anda hendaklah isikan USERID anda:

Nota: Format USERID: NO.MATRIK + 6 DIGIT terakhir dalam No.KP
Contoh: MA1655527085026295

* Sistem aplikasi semakan keputusan PSPM secara online hanya akan dibuka pada tarikh keputusan telah diumumkan secara rasmi di laman web.

2. Semakan Keputusan Secara SMS

Mana-mana calon yang ingin menggunakan kaedah SMS boleh rujuk kaedah tersebut di bawah:

MOE MAK (no Kad Pegenalan) dan hantar ke 15888

Contoh:-

MOE MAK 94513156301 kemudian hantar ke 15888

Untuk makluman lebih lanjut, anda boleh hubungi:-

  • Kolej Matrikulasi masing-masing.
  • Hal Ehwal Akedemik Bahagian Matrikulasi di Kementerian Pendidikan Malaysa (KPM) di talian 03-8884 4020

Permohonan Untuk Semakan Semula Keputusan PSPM

Kepada pelajar Matrikulasi yang tidak berpuas hati dengan keputusan PSPM mereka, mereka boleh membuat rayuan untuk membuat semakan semula:-

  • Proses semakan semula keputusan peperiksaan hanya boleh dibuat selepas pengumuman rasmi keputusan dikeluarkan.
  • Kepada yang ingin membuat rayuan semakan hendaklah melengkapkan borang Permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan BMKPM/SS/PSPM. Borang boleh didapati di kolej matrikulasi, pejabat bahagian matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Putrajaya ataupun melayari laman sesawang rasmi KPM di http://www.moe.gov.my.
  • Setiap kertas peperiksaan yang ingin disemak semula akan dikenakan bayaran seperti yang termaktub di borang Permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan BMKPM/SS/PSPM.
  • Bayaran untuk semakan semula kertas peperiksaan hendaklah dibuat dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf sahaja atas nama Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Borang semakan semula yang lengkap termasuk bayaran hendaklah sampai di Bahagian matrikulasi dalam masa dua minggu termasuk cuti hujung minggu dan cuti umum.
  • Jika borang yang disertakan tidak lengkap termasuk bayaran akan dikembalikan semula kepada pemohon.
  • Permohonan selepas tarikh tutup adala TIDAK DILAYAN.
  • Keputusan semakan semula kertas peperiksaan akan diumum kepada pemohon melalui email pemohon seperti yang tertera dalam borang permohonan.
  • Keputusan semakan semula adalah MUKTAMAD.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *