Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 2018 - Thenewsia
Connect with us

Pendidikan

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 2018

Published

on

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 2018

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 2018. Bilakah tarikh kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi pelajar tingkatan 4 sesi 2018? Bagaimanakah cara untuk melayakkan diri untuk memasuki ke SBP berkenaan?

 

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 2018

Sebelum itu, sudahkah anda membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) kemasukan tingkatan 1 dan tingkatan 4 sesi 2018? Jika belum berbuat demikian, sila klik laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (Permohonan Dalam Talian) bagi menempatkan anda untuk mengambil Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) sebelum melayakkan diri ke SBP. Tarikh ditutup adalah pada 24 Disember 2017.

Menurut soalan lazim dalam laman web rasmi Permohonan SBP sesi 2018, semakan bagi Keputusan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan diumumkan secara online selewat-lewatnya pada 19 Januari 2018, iaitu selepas keputusan rasmi PT3 diumumkan dan setelah tamat Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP).

Manakala, keputusan kemasukan bagi pelajar Tingkatan 1 ke SBP akan diumumkan lebih awal berbanding pelajar Tingkatan 4, iaitu pada 29 Disember 2017. Permohonan Rayuan Kemasukan SBP 2018 untuk para pelajar yang tidak berjaya mendapat tawaran dan mereka yang gagal untuk mendaftar untuk pertama kali juga akan dibuka bersama-sama tarikh kemasukan SBP diumumkan secara rasmi.

Tarikh Semakan Keputusan Kemasukan SBP Tingkatan 4 Tahun 2018

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting yang perlu dititikberatkan sekiranya anda berminat untuk memasuki SBP tingkatan 4:

  • Tarikh semakan kemasukan dibuka: Selewat-lewatnya pada 29 Disember 2017
  • Permohonan e-Rayuan kemasukan SBP: Dibuka bersama-sama tarikh keputusan diumumkan

*info: Tarikh yang sebenar akan dikemaskini dari semasa ke semasa, setelah tarikh rasmi telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Aplikasi Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 2018

Keputusan kemasukan ke SBP tingkatan 4 sesi 2018 boleh dibuat dengan mengikut panduan seperti berikut:

 

Semoga urusan para calon yang telah memohon untuk kemasukan Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 tahun 2018 dipermudahkan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila rujuk Permohonan Dalam Talian KPM untuk sebarang maklumat lanjut mengenai tarikh-tarikh penting kemasukan dan pembukaan e-Rayuan Kemasukan SBP.

1 Comment

1 Comment

  1. mrhanafi

    December 22, 2017 at 11:04 pm

    tahun ini anak saya belum ambil PT3..

    tahun depan..

    memang ya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *