Semakan Keputusan STAM 2017 Online - Thenewsia
Connect with us

Pendidikan

Semakan Keputusan STAM 2017 Online

Published

on

Semakan Keputusan STAM 2017 Online

Semakan Keputusan STAM 2017 Online. Perhatian kepada mana-mana calon yang telah menjalani peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2017, anda boleh mendapatkan keputusan masing-masing pada bulan Januari 2018. Tarikh rasmi akan diumumkan kelak.

 

Semakan Keputusan STAM 2017 Online

Untuk pengetahuan anda, seramai 9,534 orang telah menduduki peperiksaan STAM pada tahun 2017. Seramai 4,951 orang merupakan calon sekolah menengah agama negeri (SMA) dan selebihnya adalah calon yang berasal dari sekolah kerajaan. 2,365 calon daripada sekolah agama bantuan kerajaan dan 704 calon berasal dari sekolah menengah agama rakyat.

Selain itu, seramai 92 calon dari luar negara (Kemboja), 1,370 calon persendirian dan sebanyak 52 calon daripada sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Tarikh Semakan Keputusan STAM 2017 Online Dan SMS Dibuka

Berikut merupakan maklumat-maklumat penting yang perlu diambil tahu oleh pelajar yang telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang lepas:-

Tarikh Semakan Keputusan Peperiksaan STAM 2017 Dibuka-Bulan Januari 2018-Minggu ke-3

-(Akan dikemaskini sekiranya tarikh rasmi telah diumumkan dalam laman web Kementerian Pendidikan Malaysia).

Semakan Keputusan Peperiksaan STAMAplikasi Semakan Keputusan STAM 2017

 

Cara Untuk Dapatkan Keputusan Penuh STAM Tahun 2017

Terdapat 2 kategori calon yang mengambil peperiksaan STAM, iaitu calon sekolah dan calon persendirian. Cara mereka boleh memperoleh keputusan peperiksaan STAM adalah seperti berikut:-

1. Calon SekolahCalon sekolah boleh mendapatkan keputusan mereka dengan melalui sekolah masing-masing bermula pukul 10 pagi menurut tarikh yang telah diumumkan.
2. Calon PersendirianCalon persendirian pula akan memperoleh keputusan mereka dengan dimaklumkan melalui pos, atau pun boleh menghubungi terus Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) berkenaan keputusan masing-masing.

 

Cara Semakan Keputusan STAM Tahun 2017 Online Dan SMS

Anda boleh menggunakan dua kaedah untuk menyemak keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) masing-masing dengan menggunakan kaedah online, ataupun SMS.

1. Semakan Keputusan Dengan Online

  • Sistem aplikasi semakan keputusan hanya akan dibuka setelah tarikh rasmi telah diumumkan.
  • Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda (-) dan nombor angka giliran tanpa sengkang dalam ruangan yang telah disediakan.
  • Semakan secara online hanya akan memaparkan ringkasan keputusan yang diperolehi. Sekiranya ingin mendapatkan keputusan penuh, sila pergi ke sekolah atau JPN untuk mendapatkan transkrip penuh keputusan.

 

2. Semakan Keputusan Dengan SMS

  • Taip STAM (jarak) Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888.
  • Contoh: STAM MQ024S099 dan hantar ke 15888.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *