Semakan Keputusan STPM Ulangan Penggal 1 dan 2 - Thenewsia
Connect with us

Pendidikan

Semakan Keputusan STPM Ulangan Penggal 1 dan 2

Published

on

Semakan Keputusan STPM Ulangan Penggal 1 dan 2

Semakan Keputusan STPM Ulangan Penggal 1 dan 2. Perhatian kepada bekas pelajar yang telah mengambil peperiksaan ulangan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Penggal 1 dan Penggal 2, anda kini boleh membuat semakan keputusan masing-masing tidak lama lagi.

 

Semakan Keputusan STPM Ulangan Penggal 1 dan 2

Untuk membuat semakan keputusan STPM tahun 2017 Penggal 3, sila Klik Semakan Keputusan STPM 2017 Penggal 3.

Semakan keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) boleh disemak oleh para pelajar pada bulan Februari 2018. Tarikh rasmi akan diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melalui laman web rasmi mereka.

Menurut portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), format Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) telah diperbaharui dan dibahagikan kepada tiga penggal (semester). Berikut merupakan sedikit pengenalan mengenai sistem baharu yang diperkenalkan dalam STPM:

1. Perbezaan antara STPM yang terdahulu dengan STPM berformat baru?

  • Peperiksaan STPM terdahulu diadakan pada hujung penggal ketiga (iaitu sebelum tamat pengajian selepas setahun setengah) manakala format STPM kini, peperiksaan akan diadakan pada setiap hujung penggal pertama, kedua, dan ketiga (tiga kali semasa pengajian).

2. Ciri baharu yang diperkenalkan?

  • jumlah kandungan kurikulum bagi mata pelajaran dipecahkan kepada tiga bahagian, iaitu satu bahagian untuk satu penggal
  • bilangan waktu pengajaran disediakan untuk memudahkan guru merancang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
  • hasil pembelajaran disediakan untuk memberikan panduan kepada guru dan pelajar tentang skop dan apa yang hendak diuji untuk setiap tajuk dan subtajuk
  • calon diwajibkan melaksanakan amali, kerja kursus, atau kerja lapangan secara Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi setiap mata pelajaran kecuali Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Literature in English, dan Further Mathematics
  • peperiksaan diadakan pada akhir setiap penggal
  • pentaksiran dilaksanakan secara peperiksaan bertulis dan PBS
  • calon dibenarkan mengulang peperiksaan bagi setiap penggal untuk memperbaiki keputusan

3. Mengapa sistem terdahulu diolah kepada yang baru?

  • Sistem pembelajaran diolah agar selaras dengan sistem pengajian pasca menengah yang lain dan sistem pengajian yang diterapkan di IPT

*untuk makluman lanjut, sila lawati portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia.

Tarikh Keputusan STPM Ulangan Penggal 1 dan Penggal 2 Diumumkan

Tarikh pengumuman keputusan :5 Februari 2018 bermula jam 10 pagi

 

 

Semakan Keputusan STPM Ulangan Secara Online dan SMS

Keputusan STPM Ulangan boleh disemak secara online dan SMS. Berikut merupakan panduan untuk membuat semakan tersebut:-

1. Secara Online

2. Secara SMS

  • Taip: STPM (jarak) RESULTU1 (jarak) No Kad Pengenalan
  • Hantar mesej ke 15888
  • Contoh: STPM RESULTU1 960513145555 dan Hantar ke 15888

atau

  • Taip: STPM (jarak) RESULTU2 (jarak) No Kad Pengenalan
  • Hantar mesej ke 15888
  • Contoh: STPM RESULTU2 960513145555 dan Hantar ke 15888
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *