Semakan Keputusan Tawaran SBP Tingkatan 1 2018

Semakan Keputusan Tawaran SBP Tingkatan 1 2018

Bagi mana-mana calon yang telah memohon kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) untuk pengambilan tingkatan 1 tahun 2018, semakan keputusan tawaran SBP tingkatan 1 2018 akan dirujuk melalui keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2017.

Permohonan murid untuk kemasukan Ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2018 telah dibuka kepada para pelajar darjah 6 yang ingin melanjutkan pelajaran ke SBP secara online bermula 16 Oktober 2017 sehingga 19 November 2017 lepas.

 

Semakan Keputusan Tawaran SBP Tingkatan 1 2018

Nota: Sebarang pengumuman mengenai keputusan tawaran kemasukan SBP tingkatan 1 tahun 2018 akan diumumkan secara rasmi melalui portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di laman web https://www.moe.gov.my/

 

Berikut merupakan semakan keputusan tawaran penempatan calon SBP tingkatan 1 tahun 2018 dan E-Rayuan:

SEMAKAN LAYAK UKSBP

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) merupakan ujian saringan bagi para calon yang terpilih. Ujian tersebut yang akan menentukan sama ada calon tersebut layak untuk memasuki SBP. Penilaian ini dilaksanakan bagi pengambilan pelajar tahun 2018.

Tarikh semakan dibuka: 30 November 2017

*Tarikh yang dinyatakan tertakluk kepada sebarang perubahan. Sebarang perubahan akan dikemaskini. Untuk sebarang keterangan lanjut, sila klik Sistem Aplikasi Semakan Kelayakan UKSBP Tingkatan 1 Tahun 2018.

 

SEMAKAN KEPUTUSAN, LOKASI PENEMPATAN, CETAKAN TAWARAN DAN PERMOHONAN E-RAYUAN SBP TINGKATAN 1 TAHUN 2018

Tarikh semakan dibuka: 29 Disember 2017

*Tarikh yang dinyatakan tertakluk kepada sebarang perubahan. Sebarang perubahan akan dikemaskini. Untuk sebarang keterangan lanjut, sila klik Sistem Aplikasi Semakan Keputusan Tawaran Dan Permohonan E-Rayuan SBP Tingkatan 1 Tahun 2018.

 

Calon Yang Berjaya (Cetak Tawaran)

  • Mana-mana calon yang berjaya dan dipilih perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disediakan
  • Kesemua lampiran hendaklah diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah sewaktu hari pendaftaran mengikut surat tersebut
  • Sekiranya maklumat tidak lengkap/ tidak benar, pihak sekolah berhak untuk menolak pendaftaran berkenaan
  • Keputusan adalah muktamad. Sebarang pertukaran ke Sekolah Berasrama Penuh lain tidak akan dilayan

 

Calon Tidak Berjaya (Permohonan Melalui E-Rayuan) 

  • Sistem aplikasi permohonan e-Rayuan akan dibuka bersama-sama dengan tarikh pengumuman semakan keputusan ke SBP ambilan pertama dan boleh dibuat secara online melalui sistem aplikasi yang sama
  • Bagi calon yang terlepas atau tidak memohon untuk ambilan pertama, boleh juga memohon e-Rayuan.

Be the first to comment on "Semakan Keputusan Tawaran SBP Tingkatan 1 2018"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*