Semakan Keputusan Tawaran Sekolah Sukan 2018 - Thenewsia
Connect with us

Sukan

Semakan Keputusan Tawaran Sekolah Sukan 2018

Published

on

Semakan Keputusan Tawaran Sekolah Sukan 2018

Semakan Keputusan Tawaran Sekolah Sukan 2018. Berita baik kepada para pelajar yang telah membuat permohonan untuk kemasukan ke sekolah sukan di Malaysia sesi 2018, anda kini boleh membuat semakan keputusan tawaran untuk kemasukan ke sekolah sukan bagi ambilan Januari.

Untuk info tambahan, permohonan kemasukan ke sekolah sukan terbahagi kepada 2 pengambilan iaitu:-

  • Pengambilan untuk bulan Januari 2018
  • Pengambilan untuk bulan Julai 2018

Terdapat 4 sekolah sukan di seluruh Malaysia dan terletak di Kuala Lumpur, Johor, Pahang dan di Sabah.

 

Semakan Keputusan Tawaran Sekolah Sukan 2018

Sila layari portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengetahui pemberitahuan dan perkembangan.

Semakan Keputusan TawaranAplikasi Pengurusan Atlet Murid Ke Sekolah Sukan Malaysia

* Nota: kepada pelajar yang ada membuat permohonan, sila masukkan NO KAD PENGENALAN dan tekan butang SEMAK

 


Syarat Kemasukan Ke Sekolah Sukan

Permohonan kemasukan ke sekolah sukan adalah bukan melalui permohonan terbuka. Hanya pelajar/atlet sahaja yang layak akan ditawarkan untuk masuk ke Sekolah Sukan Malaysia (SSM).

Pelajar yang layak akan ditawarkan masuk ke sekolah sukan Malaysia ialah menerusi:-

  • Ujian Mengenalpasti Bakat (TID)
  • Pelajar/atlet yang telah melalui program Talent Scouting yang dijalankan sepanjang tahun.
  • Pelajar/atlet yang telah dicadangkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan yang telah mendapat pengesahan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai atlet pelapis negara atau atlet elit.

 


Senarai Sekolah Sukan Di Malaysia

Di Malaysia, terdapat 4 sekolah sukan yang disediakan mengikut spesifikasi dan keperluan para-para ahli sukan dan berikut merupakan senarai sekolah:


1. Sekolah Sukan Bukit Jalil

Kompleks Sukan Negara,

57000 Kuala Lumpur,

No Telefon: 03-90587335

No Faks: 03-90587153

 

2. Sekolah Sukan Tunku Makhota Ismail

Bandar Penawar,

81930 Bandar Penawar, Johor.

No. Telefon: 07-8223027

No. Faks: 07-8223028

 

3. Sekolah Sukan Malaysia Pahang

Jalan Bandaar Gambang 10,

Bandar Gambang,

26300 Kuantan, Pahang

No. Telefon: 09-5497000

No. Faks: 09-5497001

 

4. Sekolah Sukan Malaysia Sabah

Peti Surat 18472,

88875 Kota Kinabalu, Sabah.

No. Telefon: 088-402140, 088-102141

No. Faks: 088-402142

 

Semoga perkongsian Semakan Keputusan Tawaran Sekolah Sukan 2018 ini bermanfaat kepada mana-mana individu yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang sukan. Semoga sukan negara semakin maju dan sentiasa melahirkan pelapis yang berkualiti dari semasa ke semasa.

2 Comments

2 Comments

  1. mozes obrien

    January 18, 2018 at 2:16 pm

    nama saya mozes obrien..saya ikut sukan lawan pedang dan ingin masuk ke sekolah sukan bukit jalil

  2. Lorenze Kong Soon Fatt

    July 30, 2018 at 10:51 am

    Nama saya Lorenze Kong. Saya pemain bola sepak dan telah mewakili Daerah sekolah piala mas.saya end career akibat keadaan yang tidak mengizinkn dulu.Saya harap saya diberi peluang untuk memasuki sekolah sukan di sabah dan saya akan menunjukkan bakat saya kembali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *