Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 2018 - Thenewsia
Connect with us

Semasa

Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 2018

Published

on

Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 2018

Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 2018. Perhatian kepada semua pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 tahun 2018, kini anda boleh memohon secara dalam talian (online).

 

Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 2018

Menurut laman web rasmi Kementerian Pedidikan Malaysia (KPM), semakan tawaran kemasukan tingkatan 6 boleh dibuat melalui aplikasi SST6 di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan.

 

Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 2018 Secara Online

Tarikh Semakan DibukaMinggu kedua bulan April 2018
Tarikh Semakan Ditutup
Semakan Keputusan TawaranAplikasi Semakan Tawaran Keputusan SST6 (hanya boleh dibuka sewaktu semakan bagi keputusan tawaran dibuka)

 

Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 2018 Secara SMS

Kepada pelajar yang ingin menggunakan alternatif perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) untuk menyemak keputusan, sila ikuti langkah berikut. Terdapat dua cara yang anda boleh gunakan melalui kaedah SMS.

1. Cara Pertama:-

Taip MOE <jarak> T6 <jarak> NOMBOR KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888

Contoh:-

MOE T6 719712135571 dan hantar ke 15888


2.
Cara Kedua:-

Taip MOE <jarak> T6 <jarak> ANGKA GILIRAN dan hantar ke 15888

MOE T6 (Angka Giliran anda) dan hantar ke 15888

 

Maklumat Tambahan

Sebagai peringatan kepada semua pelajar, pelajar yang layak dan menepati syarat kelayakan kemasukan ke tingkatan 6 akan dipilih secara automatik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan tidak perlu membuat permohonan.

Kepada pelajar yang gagal untuk memasuki tingkatan 6, anda boleh membuat rayuan kemasukan ke tingkatan 6 di Jabatan Pendidikan Negeri di tempat terdekat.

Syarat Umum Kemasukan Tingkatan 6

  • Lulus SPM dan mendapat sekurang-kurangnya mendapat KEPUJIAN dalam matapelajaran Bahasa Melayu.
  • Berumur 17-20 tahun pada 1 Januari 2018

Syarat Umum Kemasukan Tingkatan 6 Mengikut Jurusan

Jurusan Sains: Sekurangnya 3 mata pelajaran kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 matapelajaran berlainan.

Jurusan Kemanusian:

  • Sekolah Menengah Harian/Sekolah menengah Teknik
    Sekurangnya 3 mata pelajaran kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran berlainan.
  • Sekolah Menengah Agama
    Sekurangnya 3 mata pelajaran kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran berlainan DAN Sekurangnya Gred D dalam mata pelajaran Bahasa Arab.
  • KISAS dan SMAP
    Sekurangnya 3 mata pelajaran kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran berlainan DAN Sekurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab.
  • Murid Berkeperkuan Khas
    Lulus SPM dan mendapat sekurang-kurangnya mendapat KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Berumur 17-21 tahun pada 1 Januari 2018.Sekurangnya 3 mata pelajaran kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 21 unit bagi 3 mata pelajaran berlainan DAN Sekurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *