Semakan Keputusan UPKK Kafa 2017 - Thenewsia
Connect with us

Pendidikan

Semakan Keputusan UPKK Kafa 2017

Published

on

Semakan Keputusan UPKK Kafa 2017

Semakan Keputusan UPKK Kafa 2017. Perhatian kepada semua para calon yang telah menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) tahun 2017, anda boleh membuat semakan tersebut secara online, SMS, atau pun mengambil keputusan penuh tersebut di sekolah masing-masing.

 

Semakan Keputusan UPKK Kafa 2017

Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) adalah merupakan satu peperiksaan yang dijalankan kepada murid yang mengambil mata pelajaran KAFA (Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain) sama ada di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Agama Rakyat (SAR), dan Sekolah Rendah Agama (SRA) yang mengaplikasikan sukatan pelajaran kurikulum yang telah disediakan oleh KAFA JAKIM.

Matlamat utama Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) ini diadakan adalah bertujuan untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan cara penghayatan murid-murid tahun 5 khususnya dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Adab (Akhlak Islamiyah), Jawi, Khat dan Asas Lughatul Quran.

Antara bidang-bidang yang dinilai semasa UPKK adalah Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Adab (Akhlak Islamiyah), Jawi, Khat, Asas Lughatul Quran, Penghayatan Cara Hidup Islam, dan Amali Solat.

 

Bentuk Penilaian Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK)

Terdapat empat bentuk penilaian yang diadakan dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa ini iaitu:-

Bentuk LisanBacaan Al-Quran
Bentuk AmaliAmali Melakukan Solat
Bentuk Lisan dan PemerhatianPenghayatan Cara Hidup Islam
Bentuk Penulisan (Subjektif)– Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah)

– Sirah

– Adab (Akhlak Islamiyah)

-Jawi dan Penulisan Khat

– Asas Lughatul Quran

 

 

Syarat-Syarat Kelayakan Pengambilan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK)

Berikut merupakan syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk melayakkan calon untuk mengambil UPKK:-

  • Calon telah mempelajari KAFA sekurang-kurangnya tiga tahun dan ke atas
  • Calon telah mengikuti kurikulum KAFA
  • Calon berumur 11 tahun semasa belajar tahun 5 KAFA (mengikut tahun semasa)
  • Calon telah berdaftar untuk menduduki UPKK pada tahun tersebut

 

Tarikh Semakan Keputusan UPKK Kafa 2017

Tarikh Pengumuman KeputusanMinggu kedua Februari tahun 2018 (tarikh sebenar akan dikemaskini setelah mendapat pengumuman rasmi oleh JAKIM

 

 

Cara Semakan Keputusan Ujian Penilaian Kelas Kafa

1. Mendapatkan keputusan penuh UPKK

Untuk mengetahui keputusan penuh anda mengenai UPKK tersebut, anda boleh datang ke sekolah masing-masing setelah tarikh rasmi telah diumumkan


2.
Secara Online

Sila klik Aplikasi Semakan Keputusan UPKK

3. Secara SMS

Taip: UPKK (jarak) RESULT (jarak) No MYKID dan hantar ke 15888

atau

Taip: UPKK (jarak) RESULT (jarak) No Sijil Lahir dan hantar ke 15888

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *