Semakan Nama Penerima Dekoder MYTV Malaysia - Thenewsia
Connect with us

Umum

Semakan Nama Penerima Dekoder MYTV Malaysia

Published

on

SEMAKAN NAMA PENERIMA DEKODER MYTV

Dekoder MYTV muncul dari inisiatif kerajaan dalam memastikan mengikuti saranan negara-negara asean dalam menetapkan bahawa tiada lagi siaran analog. Penyeragaman ini bermula pada tahun 2015 hingga 2020. Antara negara yang terlibat adalah Malaysia, Indonesia, Brunei dan Thailand. Target bagi Malaysia menjadikan seluruh Malaysia menjalankan penyiaran digital adalah pada tahun 2018. Bermakna pada tahun 2018 semua rumah-rumah di Malaysia akan menggunakan siaran pemancara dari MYTV. Pada artikel ini kami akan memberikan anda maklumat mengenai semakan nama penerima dekoder MYTV percuma.

KUALITI YANG LEBIH BAIK
LEBIH BANYAK PILIHAN SIARAN
KETERSAMBUNGAN YANG LEBIH BAIK
LEBIH BANYAK PILIHAN DAN INTERAKTIVITI
KURANG KOS INFRASTUKTUR
MERANSANG PERTUMBUHAN EKONOMI DENGAN WUJUD PELUANG PEKERJAAN

 

Pada permulaannya, dekoder MYTV perlu dibeli dari pengeluar yang sah. Bagaimanapun pihak kerajaan ada mengeluarkan nama mereka yang layak untuk mendapatkan dekoder MYTV ini secara percuma. Di mana apabila nama anda tersenarai, anda cuma perlu tunggu sahaja dekoder akan dihantar ke alamat tempat tinggal anda mengikut alamat di dalam kad pengenalan.

Semakan Nama Penerima Dekoder MYTV Percuma

Semakan ini boleh dilakukan secara atas talian (online ) melalui laman web rasmi MYTV. Berikut adalah cara untuk anda menyemak sama ada anda layak mendapat dekoder ini ataupun tidak.

  1. Masuk ke laman web ini : SINI
  2. Anda akan dibawa ke muka hadapan laman rasmi MYTV.
  3. Pergi ke bahagian seperti gambar di bawah ini.
  4. semakan dekoder mytv
  5. Masukkan nombor kad pengenalan dan klik hantar.
  6. Jika anda berjaya anda akan diberikan notis bahawa nama anda tersenarai.
  7. Sebaliknya jika tidak akan terpapar notis “maaf anda tidak terpilih”.

Selain cara online, anda juga boleh membuat semakan melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Berikut adalah cara untuk semak melalui SMS.

  • taip MYTV [jarak] DEKODER [jarak] NoKP & SMS ke 15888
    Contoh: MYTV DEKODER 800112045378

baca: Klik sini jika ingin mohon ke ILKBS

Senarai Saluran Tersedia di dalam MYTV

Berikut adalah senarai saluran ( channel ) yang boleh diakses melalui dekoder MYTV,

TV1

TV2

TV3

TV ALHIJRAH

NTV7

8TV

TV9

TVi

BERNAMA TV

Pembelian Dekoder MYTV

Jika anda tidak berjaya mendapatkan dekoder MYTV ini usah risau dan rungsing. Ini kerana anda boleh membelu dekoder ini di pengedar-pengedar saha seluruh negara. Lihat sini untuk melihat senarai pengedar yang ada menjual dekoder ini.

Dekoder ini dijual dengan harga RM199 . Untuk pengetahuan semua. Ianya merupakan harga promosi. Dan promosi ini telah dilanjutkan sehingga tarikh 31 diesember 2017. Mytv juga ada menyediakan laman pembelian dekoder secara online. Anda boleh membeli secara online sahaja tanpa perlu pergi ke kedai.

Jika berminat membeli secara online, klik sini.

Cara Pemasangan Dekoder Mytv

Anda boleh mengikut langkah mudah yang diberikan di dalam manual yang disertakan.

Lihat cara pemasangan di bawah ini.

Cara Pemasangan MYTV Basic

mytv basic

Cara Pemasangan MYTV advance

advance mytv

Bagaimanapun, jika anda masih tidak berjaya memasang dan mersakan ianya rumit, anda boleh menggunakan servis yang disediakan MYTV dengan bayaran RM50. Lihat di sini wakil pemasangan uyang berdaftar. SINI

Liputan Siaran MYTV di Malaysia

Satu perkara yang tidak ramai orang tahu adalah, setakat ini tidak semua tempat di Malaysia mempunyai liputan siaran mytv ini. Ini bermakud jika anda memsang mytv di tempat luar dari liputan, anda tetap tidak dapat menonton.

Kami mengucapkan selamat menonton siaran myfreevivew MYTV. Kongsikan artikel cara semakan nama penerima dekoder mytv percuma ini kepada rakan lain.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *