Semakan Saman Secara Online Dan SMS Trafik PDRM JPJ - Thenewsia
Connect with us

Umum

Semakan Saman Secara Online Dan SMS Trafik PDRM JPJ

Published

on

Semakan Saman Secara Online Dan SMS Trafik PDRM JPJ

Semakan Saman Secara Online Dan SMS Trafik PDRM JPJ. Perhatian kepada semua pengguna jalan raya, tidak kiralah anda memandu kereta atau menunggang motorsikal. Pernahkah anda ambil peduli berapa jumlah saman anda sepanjang memandu di jalan raya? Leceh hendak pergi ke balai polis? Tidak tahu bagaimana mahu menyemak jumlah saman setakat ini?

Kini, anda tidak perlu risau. Semakan saman untuk Trafik dan JPJ kini boleh dibuat dengan menggunakan perkhidmatan secara online dan SMS. Mudah kan?

 

Semakan Saman Secara Online Dan SMS Trafik PDRM JPJ

Semakan saman secara online dan SMS trafik PDRM (Polis DiRaja Malaysia), JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) dan AES (Automated Enforcement System) telah diperkenalkan untuk memudahkan para pengguna untuk mengetahui jumlah saman semasa, sebab-sebab anda disaman, dan anda mempunyai pilihan sama ada hendak membayar secara online atau pun secara manual di kaunter jabatan yang berkenaan.

Kaedah Semakan Saman Trafik PDRM JPJ

Berikut merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk menyemak saman anda, iaitu secara Online dan SMS bagi Trafik PDRM, JPJ, dan juga AES.

1) Semakan Saman Trafik PDRM

a) Secara Online

i. SSO Semakan Online

  • Layari laman web https://sso.rmp.gov.my/
  • Klik Pendaftaran Baru bagi yang belum mempunyai akaun, dan Login bagi yang sudah mempunyai akaun
  • Setelah login, klik pada ikon Status Saman
  • Semakan boleh dibuat berdasarkan No Kad Pengenalan pemilik kereta atau No Plat kereta tersebut

ii. MyEG Services

  • Layari laman web https://www.myeg.com.my/
  • Klik Pendaftaran Baru bagi yang belum mempunyai akaun, dan Login bagi yang sudah mempunyai akaun
  • Setelah login, klik eServices pada menu
  • Pilih jabatan yang berkaitan (PDRM). Bagi saman AES, sila pilih JPJ
  • Klik untuk membuat semakan saman. Anda juga boleh membayar saman tersebut secara online

ii. Sistem Rilek e-Services

  • Layari laman web https://www.rilek.com.my/users/login/rmp/summons-inquiry
  • Klik Pendaftaran Baru bagi yang belum mempunyai akaun, dan Login bagi yang sudah mempunyai akaun
  • Klik menu Dropdown Search By dan pilih kaedah semakan
  • Masukkan maklumat yang diperlukan dan tekan Next
  • Bayaran saman boleh dibayar terus secara online (terhad kepada Maybank, CIMB dan RHB)


b) Secara SMS

  • Taip: POLIS<jarak>SAMAN<jarak>No Kad Pengenalan/ No kereta dan hantar SMS ke 15888
  • Contoh: POLIS SAMAN 891201141234 sms ke 15888 atau POLIS SAMAN WA1545 sms ke 15888


1) Semakan Saman JPJ

a) Secara Online

i. MyEG Services

  • Layari laman web https://www.myeg.com.my/
  • Klik Pendaftaran Baru bagi yang belum mempunyai akaun, dan Login bagi yang sudah mempunyai akaun
  • Setelah login, klik eServices pada menu
  • Pilih jabatan yang berkaitan (JPJ). Bagi saman AES, sila pilih JPJ
  • Klik untuk membuat semakan saman. Anda juga boleh membayar saman tersebut secara online

ii. Portal Rasmi JPJ

  • Layari laman web http://www.jpj.gov.my/pertanyaan-saman-notis
  • Klik menu dropdown dan buat pilihan sama ada No ID Sahaja atau No ID dan Kenderaan
  • Anda dikehendaki mengisi mana-mana yang bertanda (*)
  • Tekan butang Semak. Keputusan semakan saman akan dipaparkan


b) Secara SMS

  • Taip: JPJ<jarak>SAMAN<jarak>No Kad Pengenalan/ No kereta dan hantar SMS ke 15888
  • Contoh: JPJ SAMAN 891201141234 sms ke 15888 atau JPJ SAMAN WA1545 sms ke 15888
1 Comment

1 Comment

  1. logeshwaran a/l murugiah

    July 26, 2018 at 11:29 pm

    semakan saman trafik pollis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *