Semakan Status Permohonan BR1M 2018

Semakan Status Permohonan BR1M 2018. Menurut pembentangan Bajet Tahun 2018 yang baru sahaja bersiar secara langsung tidak lama sebelum ini, pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan diteruskan pada tahun 2018 dengan jumlah bantuan yang sama seperti tahun 2017.

Bagi mana-mana individu yang telah membuat permohonan untuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu meringankan rakyat yang layak sahaja, anda boleh menyemak keputusan tersebut di pautan e-BR1M.

Semakan Status Permohonan BR1M 2018

Sebelum itu, anda disarankan untuk masuk ke pautan Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018 terlebih dahulu untuk mengetahui kelayakan untuk memohon BR1M tahun 2018.

Telah dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran untuk permohonan baru dan kemaskini BR1M 2018 akan dibuka bermula 27 November sehingga 31 Disember 2017. Tarikh pembayaran juga sama seperti tahun sebelumnya, mengikut kategori para penerima iaitu  pada bulan Februari, Jun dan Ogos 2018.

Cara Menyemak Status Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) Tahun 2018

1. Masuk ke pautan https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=k.

2. Akan terpapar halaman semakan status seperti gambar di bawah.

Semakan Status Permohonan BR1M 2018

3. Masukkan kad pengenalan anda dan tekan log masuk. Hanya masukkan nombor 12 digit dalam kad pengenalan sahaja. Contoh: 860424035123

4. Setelah berjaya log masuk dengan nombor kad pengenalan sebenar anda, akan terpampang halaman seperti gambar di bawah.

Semakan Status Permohonan BR1M 2018

5. Isi soalan keselamatan tersebut berdasarkan soalan yang telah dipilih semasa pendaftaran pertama. Sekiranya anda tidak mengingati jawapan bagi soalan keselamatan tersebut, anda boleh menekan butang tukar soalan sehingga anda menjumpai soalan keselamatan yang anda biasa.

*Nota penting: Anda hanya diberi sebanyak tiga kali percubaan untuk menjawab soalan keselamatan tersebut. Sekiranya anda gagal untuk menjawab, anda dikehendaki untuk rujuk ke cawangan LHDNM yang berdekatan atau hubungi talian 1-800-88-2716 untuk set semula soalan keselamatan e-BR1M. Sebaiknya janganlah anda tersilap sama sekali agar proses semakan tidak menjadi rumit.

6. Setelah anda berjaya menjawab dua soalan keselamatan sebentar tadi, skrin anda akan terpampang seperti gambar di bawah.

Semakan Status Permohonan BR1M 2018

7. Setelah itu, klik pada semakan status untuk mengetahui status permohonan anda.

8. Seterusnya, skrin anda akan memaparkan butir-butir seperti berikut.

Semakan Status Permohonan BR1M 2018

 

Penerangan Lanjut Mengenai Status Semakan Penerangan

Status

Penerangan Lanjut

1. DidaftarkanPermohonan adalah berdasarkan maklumat data BR1M 2017 yang belum dikemaskini

 

2. DiterimaPermohonan telah dikemaskini berdasarkan borang yang telah diterima

 

3. Dalam ProsesPermohonan masih dalam proses untuk tapisan kelayakan

 

4. DitangguhkanPemohon dikehendaki untuk membuat kemaskini maklumat permohonan semasa dalam tempoh rayuan

 

5. LulusPermohonan berjaya
6. Tidak LulusPemohonan tidak berjaya/ gagal
7. Status Kredit Tidak BerjayaSurat maklum balas Gagal Kredit akan dihantar melalui Pos kepada pemohon dan perlu dibawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk pengeluaran secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja

 

Be the first to comment on "Semakan Status Permohonan BR1M 2018"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*