Semakan UKSBP 2018 Ujian Kemasukan SBP 2018 - Thenewsia
Connect with us

Pendidikan

Semakan UKSBP 2018 Ujian Kemasukan SBP 2018

Published

on

Semakan UKSBP 2018 Ujian Kemasukan SBP 2018

Semakan UKSBP 2018 Ujian Kemasukan SBP 2018. Makluman kepada semua pemohon yang telah memohon kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh untuk sesi 2018, sila rujuk ke halaman Semakan Keputusan Tawaran SBP Tingkatan 1 2018. Bagi mana-mana pemohon yang berjaya, anda akan melalui satu ujian khas iaitu Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP), sebelum melayakkan diri anda untuk memasuki ke SBP.

 

Semakan UKSBP 2018 Ujian Kemasukan SBP 2018

Untuk pengetahuan anda, Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) mula diperkenalkan untuk ambilan kemasukan pelajar bermula tahun 2018.

Bagi pelajar yang berjaya dalam Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP), peluang anda untuk layak ke Sekolah Berasrama Penuh adalah tinggi.

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) merupakan satu prosedur pemilihan baru yang diperkenalkan bagi melahirkan pelajar yang seimbang bukan sahaja dalam aspek pelajaran, malah pembabitan pelajar dalam pelbagai aktiviti serta mendidik pelajar dalam sahsiah diri turut dititik beratkan.

Tarikh semakan dibuka: 30 November 2017

 

Semakan UKSBP 2018 Ujian Kemasukan SBP 2018

Kepada para pemohon yang berjaya, sila semak tarikh Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) dijalankan di seluruh negeri agar anda tidak terlepas peluang tersebut.

 

Tarikh UKSBP Dijalankan11-14 Disember (Semua negeri)12-15 Disember (Selangor sahaja)

*Sila rujuk laman sesawang rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk sebarang maklumat atau pengumuman terkini mengenai ujian tersebut.

 

Syarat Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Berikut merupakan syarat kemasukan bagi pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4

Syarat Kemasukan Untuk Pelajar Tingkatan 1.

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Pemohon hendaklah bersekolah di sekolah rendah jenis kebangsaan (SK).
  • Pemohon mesti berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  • Pemohon hendakhlah cemerlang dalam akedemik.
  • Pemohon hendaklah aktif dalam bidang kokurikulum.

Syarat Kemasukan Untuk Pelajar Tingkatan 4.

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah agama bantuan kerajaan.
  • Pemohon hendakhlah cemerlang dalam akedemik.
  • Pemohon hendaklah lulus dalam Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP)/saringan/temuduga.
  • Pemohon hendaklah aktif dalam bidang kokurikulum.

Maklumat Tambahan

  • Pelajar yang berjaya dalam UKSBP mempunyai peluang yang cerah untuk masuk ke sekolah berasrama penuh.
  • Bagi pelajar yang tidak menghadiri/gagal dalam UKSBP juga berpeluang untuk masuk ke SBP. Namun begitu, keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang telah menduduki UKSBP.
1 Comment

1 Comment

  1. ema

    December 20, 2017 at 4:26 pm

    saingan semakin besar untuk ke sekolah berasrama penuh ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *