Permohonan Semakan Wang Tidak Dituntut - Thenewsia
Connect with us

Umum

Permohonan Semakan Wang Tidak Dituntut

Published

on

Permohonan Semakan Wang Tidak Dituntut. Tahukah anda apakah itu Wang Tidak Dituntut (WTD)? Wang Tidak Dituntut merupakan wang pemilikan sendiri yang tidak dituntut selama bertahun-tahun.

Antara jenis Wang Tidak Dituntut (WTD) ini adalah termasuk tuntutan jenis Akaun Simpanan, Akaun Semasa, Simpanan Tetap, Gaji, Dividen, Deposit TNB, SYABAS, TM dan lain-lain perkara yang berkaitan.

 

Permohonan Semakan Wang Tidak Dituntut

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk membuat Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) untuk tahun 2018. Anda boleh membuat permohonan semakan WTD boleh dibuat di Bahagian WTD, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), dan pejabat-pejabat cawangan negeri JANM.

Buat masa kini, semakan WTD secara dalam talian (online) masih belum disediakan.

Jenis-Jenis Wang Tidak Dituntut di Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis Wang Tidak Dituntut (WTD) yang anda boleh semak dan membuat permohonan tuntutan sekiranya layak. Antaranya:-

  1. Wang dari akaun-akaun yang tidak aktif (akaun simpanan, akaun semasa, simpanan tetap)
  2. Bayaran rebat insurans
  3. Bayaran gaji, elaun, dividen atau bonus daripada syarikat di tempat lama anda bekerja atau mana-mana firma yang mempunyai kaitan dengan anda (deposit TNB, bil-bil, dan lain-lain yang berkaitan)

Antara sebab syarikat-syarikat atau firma menyerahkan wang tersebut ke Pendaftar WTD yang diberi tanggungjawab adalah kerana faktor pertukaran maklumat peribadi seperti alamat atau maklumat tercicir/ tidak lengkap.

 

Cara Permohonan Semakan Wang Tidak Dituntut

Berikut merupakan cara untuk membuat Permohonan Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD):-

1. Mengunjungi Kaunter Bahagian WTD Jabatan Akauntan Negara Malaysia

  • Pergi ke Kaunter Pejabat Pendaftar WTD di tingkat 42, Menara Kuala Lumpur, atau
  • Kunjungi Pejabat Cawangan Negeri Jabatan Akauntan Negara bahagian WTD di negeri masing-masing, sila KLIK SENARAI PEJABAT JANM SELURUH MALAYSIA

Antara dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan Semakan WTD bagi permohonan tuntutan individu:

  • Borang UMA-7 yang telah lengkap diisi dan ditandatangani oleh pemohon
  • Untuk dapatkan borang tersebut, sila KLIK BORANG UMA-7
  • Salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang)/ pasport pemohon bagi bukan warganegara
  • Dokumen asal (buku bank, sijil simpanan tetap atau mana-mana yang berkaitan)
  • Salinan muka hadapan buku akaun/ penyata bank pemohon yang aktif dan disahkan oleh pegawai bank

 

 

2. Secara Dalam Talian (Online)

Buat masa ini, permohonan WTD secara online belum dilaksanakan. Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) sedang dalam proses untuk membangunkan portal semakan dan permohonan. Segala maklumat akan dikemaskini setelah mendapat pengumuman khas daripada JANM.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *