Keputusan AJL 32 Akhir Anugerah Juara Lagu - Thenewsia
Connect with us

Hiburan

Keputusan AJL 32 Akhir Anugerah Juara Lagu

Published

on

senarai lagu layak AJL 32

Persembahan seperuh akhir Muzik-muzik 32 baru sahaja berakhir.  Berikut adalah senarai lagu yang layak ke AJL 32 Akhir nanti. Sebelum itu, semua persembahan  yang disajikan oleh penyanyi-penyanyi hebat-hebat belaka. Sehingakan para juri sukar untuk membuat keputusan lagu manakan yang berjaya tembus ke AJL 32.

Lagu yang layak ke Anugerah Juara Llagu 32 adalah dipilih 100% berdasarkan penilaian dari juri. Ini bermakna, ianya bukan dipilih berdasarkan siapa paling popular ataupun siapa yang ramai peminat. Tetapi ianya dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.

Kelainan ditampilkan pada peserta-peserta kali ini. Ini kerana ianya dipenuhi oleh muka-muka baru. Kebanyakannya penanyi baru berjaya tembus ke peringkat separuh akhir walaupun mereka tidak berjaya ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 2018.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Anugerah Juara lagu akan berlangsung pada awal tahun pada tahun hadapannya. Maka pada AJL32 ini, ianya akan dilangsungkan pada tahun 2018 di TV3.

30 lagu dipertandingkan pada separuh akhir Muzik muzik 32. Sebanyak 12 lagu sahaja yang terpilih.

Keptusan Akhir AJL 32 Anugerah juara Lagu

Berikut adalah keputusan akhir

Penyanyi pilihan Samsung; Khai bahar

Vokal terbaik: SYAMEL & ERNIE ( AKU CINTA),RM12,000

Perembahan terbaik: ALTIMET ( AMBOI )

Juara lagu:

TEMPAT KE-3 : HAQIEM RUSLI ( TERGANTUNG SEPI) RM20.000

NAIB JUARA: AZMI CALIPH BUSKER (SEJATI), RM35.000

JUARA: HAEL HUSAINI (JAMPI)

 

 

Senarai Lagu Layak AJL 32 Akhir

Berikut kami sajikan senarai lagu-lagu yang akan beraksi pada Anugerah Juara Lagu 32

 

12 LAGU FINALIS YANG LAYAK KE ANUGERAH JUARA LAGU 32

1. Lagu: Sejati
Artis : Azmi (Caliph Busker)
Komposer/Lirik : Faizal Tahir & Mike Chan / Faizal Tahir & Mike Chan

2. Lagu: Tergantung Sepi
Artis : Haqiem Rusli
Komposer/Lirik: Ghuffran & Ibnu /Ghuffran & Ibnu

3. Lagu: Jampi
Artis : Hael Husaini
Komposer/Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong

4. Lagu: Separuh Mati Ku Bercinta
Artis : Dayang Nurfaizah
Komposer/Lirik: Ajai / Ajai

5. Lagu: Amboi
Artis : Altimet
Komposer/Lirik: Navigator / Altimet

6. Lagu: Lebih Sempurna
Artis : Syamel
Komposer/Lirik: Syamel

7. Lagu: Aku Yang Sebenar
Artis : Hazama & The Penglipurlara
Komposer/Lirik: M.Nasir / Ad Samad

8. Lagu: Akhirnya Cinta
Artis: Salma
Komposer/Lirik: Ajai / Slen

9. Lagu: Menahan Rindu
Artis : Wany Hasrita
Komposer/Lirik: Ghuffran & Ibnu /Ghuffran & Ibnu

10. Lagu: Aku Cinta
Artis: Syamel & Ernie Zakri
Komposer/Lirik: Syamel/Syamel

11. Lagu: Bayang
Artis: Khai Bahar
Komposer/Lirik: Harry Khalifah / Patrick Anahoda

12. Lagu: Warkah Untukku
Artis : Ara Johari
Komposer/Lirik: Hang Nadim / Laq

Adakah anda berpuasa hati dengan keputusan yang dipilih ini? Adakah anda berpuas hati dengan senarai lagu layak ke AJL 32 tahun 2018 ini?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *