Senarai Pelepasan Cukai 2017 e-filing 2018 - Thenewsia
Connect with us

Semasa

Senarai Pelepasan Cukai 2017 e-filing 2018

Published

on

Senarai Pelepasan Cukai 2017 e-filing 2018

Senarai Pelepasan Cukai 2017 e-filing 2018. Tahun 2018 sudah pun tiba, dan ini bermakna anda kena mula mengisi dan mengisytiharkan cukai (declare tax) di laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

 

Senarai Pelepasan Cukai 2017 e-filing 2018

Menurut portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), senarai pelepasan cukai individu pemastautin untuk tahun 2017 e-filing 2018 telah pun dikeluarkan sebagai rujukan anda untuk pengurangan pembayaran cukai bagi sesetengah perbelanjaan seperti yang telah ditetapkan.

Senarai Pelepasan Cukai 2017 e-filing

Jadual dibawah menunjukkan senarai pelepasan cukai 2017 e-filing 2018 yang perlu anda ketahui untuk mendapatkan rebat (tax relief) bagi tempoh bercukai tahun 2017:-

No.

Jenis Potongan Individu

Amaun Pelepasan Cukai (RM)

1Individu dan saudara tanggungan

9,000

2Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga ibu bapa (Keadaan kesihatan yang disahkan oleh pengamal perubatan)

ATAU

Ibu dan Bapa
-Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu
-Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa

5,000 (Terhad)

ATAU

3000 (Terhad)

3Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya, suami/isteri, anak atau ibubapa yang kurang upaya)

6,000 (Terhad)

4Individu Kurang Upaya

6,000

5Yuran Pendidikan (Sendiri) :
(i) Peringkat selain Sarjana dan Doktor Falsafah – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;
(ii) Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajian

7,000 (Terhad)

6Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (individu atau suami/isteri atau anak-anak)

6,000 (Terhad)

7Pemeriksaan perubatan penuh (diri sendiri, suami / isteri atau anak)

500 (Terhad)

8Gaya Hidup :
(i) Pembelian buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;
(ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;
(iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; dan
(iv) Bayaran langganan internet

2,500
(Terhad)

9Pembelian peralatan penyusuan

1,000 (Terhad)

10Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah

1,000 (Terhad)

11Tabungan bersih dalam skim SSPN (jumlah simpanan dalam tahun 2017 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2017)

6,000 (Terhad)

12Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar.

Syarat kelayakan:
(i) pemastautin warganegara Malaysia;
(ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja;
(iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan
(iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan.
Di mana:
(a) 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah rumah kediaman; dan
(b) jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu berkenaan melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu. Setiap individu dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahun mengikut formula berikut:
A x B
C
Di mana;
A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan;
B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalam tahun berkenaan;
C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu

10,000
(Terhad)

13Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri

4,000 (Terhad)

14Suami/Isteri kurang upaya

3,500

15Anak di bawah umur 18 tahun

2,000

16Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)

2,000

17Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).
(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

8,000

18Anak Kurang upaya

6,000

Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
19Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji

6,000 (Terhad)

20Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) – berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.

3,000 (Terhad)

21Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji

3,000 (Terhad)

22Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

250 (Terhad)

1 Comment

1 Comment

  1. Mek ila Jv

    January 13, 2018 at 11:47 pm

    Tq atas info. Boleh jadikan panduan untuk isi efilling.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *