Skim Khairat Kematian BR1M 2018 Dan Maklumat Waris
Connect with us

Semasa

Skim Khairat Kematian BR1M 2018 Dan Maklumat Waris

Published

on

Skim Khairat Kematian BR1M 2018 Dan Maklumat Waris

Skim Khairat Kematian BR1M 2018 Dan Maklumat Waris. Dalam permohonan BR1M 2018, setiap pemohon diwajibkan mengisi maklumat waris supaya jika ada kematian yang berlaku kepada pemohon wang skim khairat kematian sebanyak RM1,000 boleh dituntut oleh waris yang telah didaftarkan.

Untuk makluman, Skim Khairat Kematian (SKK) adalah satu skim yang menggantikan insurans Takaful Berkelompok (i-BR1M) yang telah dilaksanakan pada pemberian BR1M tahun 2014. SKK akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuat kuasa selama setahun pada tahun semasa.

Skim Khairat Kematian BR1M 2018 Dan Maklumat Waris

Skim Khairat Kematian BR1M 2018

Untuk makluman, Skim Khairat Kematian (SKK) hanya layak dituntut oleh waris untuk penerima BR1M yang telah meninggal dunia dari 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018. Bagi (SKK) tahun 2017, waris boleh merujuk kepada FAQ 2017 untuk menuntut SKK.

Rujuk disini untuk dijadikan panduan atau rujukan mengenai maklumat waris dari sumber e-BR1M 

Waris perlu membawa dokumen berikut untuk menuntu Skim Khairat Kematian :

  1.  Sijil kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  2.  Kad Pengenalan Asal Waris
  3.  dokumen Pembuktian Pertalian antara penerima dan waris

Pembayaran akan dibuat oleh BSN selepas maklumat yang dikemukakan disahkan lengkap dan tepat.

 

Maklumat Waris

Tujuan maklumat waris diisi adalah untuk menjadi wakil bagi sebarang urusang yang berkaitan BR1M 2018 jika pemohon mempunyai masalah seperti :

  • Masalah kesihatan
  • Masalah Fizikal (OKU)
  • Dipenjarakan
  • Dan bertugas diluar kawasan dan lain-lain
  • Menajdi waris bagi tuntutan Skim Khairat Kematian jika penerima BR1M 2018 telah meninggal dunia bagi kategori isi Rumah dan Warga Emas

Waris yang layak didaftarkan adalah :

  • Ibu
  • Bapa
  • Anak
  • Pasangan
  • Adik beradik
  • Cucu

Untuk makluman, Pendaftaran waris juga tidak terhad kepada Warganegara Malaysia sahaja. Waris perlu mempunyai kitan pertalian dengan pemohon seperti syarat yang telah ditetapkan.

 

Penukaran maklumat waris

penukaran maklumat waris yang telah didaftarkan boleh dibuat oleh pemohon dicawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampiran sekiranya ;

  • Waris asal yang didaftarkan telah meninggal dunia
  • Pertukaran waris atas kehendak sendiri

Sekiranya pilihan yang dibuat pemohon TIADA WARIS, sebarang urusan penuaian dan tuntutan BR1M 2018 adalah tidak dibenarkan.

 

Semoga perkongsian Skim Kahirat Kematian BR1M 2018 Dan Maklumat Wris ini dapat membantu kepada pemohon BR1M 2018.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: Permohonan eRumah Negeri Pulau Pinang Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *