Cara Buat Tuntutan Skim Khairat Kematian BR1M 2018 - Thenewsia
Connect with us

Umum

Cara Buat Tuntutan Skim Khairat Kematian BR1M 2018

Published

on

Cara Buat Tuntutan Skim Khairat Kematian BR1M 2018

Cara Buat Tuntutan Skim Khairat Kematian BR1M 2018. Perhatian kepada orang umum. Pernahkah anda mendengar mengenai Skim Khairat Kematian BR1M 2018? Bagaimanakah cara untuk membuat tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) tersebut? Menerusi artikel ini, anda akan ketahui tentang apakah itu SKK dan cara-cara untuk membuat tuntutan sekiranya anda berada di situasi tersebut.

 

Cara Buat Tuntutan Skim Khairat Kematian BR1M 2018

Untuk makluman anda semua, Skim Khairat Kematian (SKK) merupakan satu skim yang diperkenalkan oleh kerajaan dan menggantikan Insurans Takaful Berkelompok (i-BR1M) yang telah dilaksanakan semasa pemberian BR1M pada tahun 2014.

Waris kepada penerima insentif Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sedia ada untuk kategori Isi Rumah dan Warga Emas boleh membuat tuntutan wang Skim Khairat Kematian yang berjumlah RM 1,000 menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran dengan kawasan anda.

Namun, SKK tersebut hanya layak dituntut oleh waris untuk penerima insentif BR1M yang telah meninggal dunia dari 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018 sahaja. Manakala, untuk SKK tahun 2017, waris boleh merujuk melalui FAQ BR1M 2017 untuk membuat tuntutan.

Maklumat Penting Mengenai Skim Khairat Kematian BR1M 2018

Berikut merupakan maklumat penting yang perlu anda ambil berat sekiranya ingin membuat tuntutan SKK BR1M tahun 2018. Peruntukan bantuan SKK adalah berjumlah RM 1,000. Antara info yang perlu anda ketahui adalah:-

  1. Penerima terhad di bawah kategori Isi Rumah dan Warga Emas (60 tahun dan ke atas) sahaja.
  2. SKK adalah untuk waris yang dinamakan sahaja, tidak boleh melalui wakil.
  3. Kematian berlaku dalam tempoh 1 Januari sehingga 31 Disember 2018.
  4. Waris yang dinamakan terdiri daripada pasangan/ ibu bapa/ anak/ adik beradik/ cucu sahaja
  5. Penerima di bawah kategori Individu TIDAK LAYAK untuk tuntutan SKK

Cara Buat Tuntutan Skim Khairat Kematian BR1M 2018

  • Sekiranya berlaku kematian kepada penama BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas dalam tempoh BR1M 2018 bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember 2018, waris yang telah dinamakan boleh membuat tuntutan SKK 2018.
  • Tuntutan boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN yang berdekatan.
  • Waris perlu membawa dokumen seperti berikut semasa membuat tuntutan:-
    – Sijil kematian asal/ salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
    – Kad pengenalan asal waris
    – Dokumen bukti pertalian antara penerima dan waris
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *