Permohonan Rumah Skim MyDeposit 2018 Online - Thenewsia
Connect with us

Semasa

Permohonan Rumah Skim MyDeposit 2018 Online

Published

on

Permohonan Rumah Skim MyDeposit 2018 Online

Permohonan Rumah Skim MyDeposit 2018 Online. Bagi mana-mana individu yang mempunyai impian untuk memiliki rumah idaman pertama masing-masing, anda kini boleh membuat permohonan melalui Skim MyDeposit yang telah diperkenalkan oleh kerajaan.

Permohonan Rumah Skim MyDeposit 2018 Online

Sedikit pengenalan mengenai Rumah Skim MyDeposit. Permohonan Rumah Skim MyDeposit 2018 adalah merupakan salah satu inisiatif yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datu Seri Najib Tun Razak menerusi pembentangan Bajet Tahun 2018 untuk membantu mana-mana individu yang layak untuk memiliki rumah idaman yang pertama.

Skim MyDeposit ini telah dilancarkan oleh Kerajaan menerusi Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Perlaksanaan inisiatif tersebut adalah melibatkan usaha dari pelbagai pihak termasuklah Persekutuan, Kerajaan Negeri dan juga sektor swasta yang bertungkus lumus dalam menyediakan kediaman mampu milik kepada golongan yang memerlukan dan layak.

Dalam pembentangan Bajet Tahun 2018 yang tidak lama sebelum ini, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 25 juta untuk melaksanakan Skim MyDeposit tahun 2018 bagi membantu dari segi pembayaran deposit pembelian rumah pertama di bawah kendalian projek perumahan swasta.

Kelebihan Dan Manfaat Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama

 

  • Dapat membantu golongan sederhana (M40) yang mempunyai pendapatan isi rumah antara RM 3,000 hingga RM 15,000.
  • Kerajaan memberi sumbangan insentif sebanyak 10 % daripada harga semasa jualan rumah sehingga RM 30,000 (maksimum) kepada pembeli pertama untuk rumah yang bernilai RM 500,000 ke bawah.

 

Maklumat Mengenai Skim MyDeposit Pembayaran Rumah Pertama

 

1. Pemohon hendaklah mengenal pasti dahulu projek perumahan yang ingin dibeli sebelum mengemukakan permohonan.

2. Pemohon bebas memilih projek perumahan kendalian syarikat swasta yang menepati syarat dan harga bermula RM 500,000 dan ke bawah.

3. Insentif yang diberikan oleh Kerajaan adalah berbentuk sumbangan dan tidak perlu dibayar kembali

4. Kerajaan menetapkan bahawa rumah yang dibeli melalui skim ini tidak boleh dijual dalam tempoh 10 tahun selepas pembelian

5. Permohonan yang telah ditapis dan ditawarkan untuk menerima skim ini akan diberikan syarat selama 30 hari berkuatkuasa daripada tarikh surat dikeluarkan.

6. Pemohonan perlu menyediakan dokumen seperti menandatangani Surat Setuju Terima Pembiayaan Deposit Rumah Pertama dan Perjanjian Jual Beli dengan pemaju atau pemilik asal rumah. Sekiranya gagal, surat tawaran tersebut dianggap batal dan kerajaan berhak untuk menolak tuntutan bayaran berkenaan.

7. Skim insentif tersebut tidak terpakai bagi projek perumahan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti PPA1M, PR1MA, RUMAWIP, PPR, MyHome, dan Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri.

Tarikh Rasmi Permohonan Skim MyDeposit Dibuka

 

Permohonan boleh dibuat secara online dengan melayari laman web rasmi Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN). Tarikh buka dan tutup permohonan adalah seperti berikut:

Tarikh dibuka: 15 Disember 2017

Tarikh ditutup: 15 Februari 2018

1 Comment

1 Comment

  1. ema

    December 20, 2017 at 4:29 pm

    Menarik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *