Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018. Menurut pembentangan Bajet Tahun 2018 yang baru sahaja bersiar secara langsung tidak lama sebelum ini, pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan diteruskan pada tahun 2018 dengan jumlah bantuan yang sama seperti tahun 2017.

 

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018

Telah dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran untuk permohonan baru dan kemaskini BR1M 2018 akan dibuka bermula 27 November sehingga 31 Disember 2017. Tarikh pembayaran juga sama seperti tahun sebelumnya, mengikut kategori para penerima iaitu  pada bulan Februari, Jun dan Ogos 2018.

 

Syarat kelayakan terdiri daripada penilaian aspek-aspek berikut seperti:

  1. Terhad kepada warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja, tidak layak untuk rakyat Malaysia yang duduk di luar negara.
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah atau ahli rumah yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah sebanyak RM 4,000 ke bawah.
  3. Warga emas duduk sebatang kara (umur 60 tahun ke atas sahaja) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan sebanyak RM 4,000 ke bawah.
  4. Status bujang yang berumur 21 tahun ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan sebanyak Rm 2,000 ke bawah.

Proses Mengemukakan Salinan Dokumen

Semasa proses mengemukakan dokumen, para pemohon hendaklah menyediakan salinan dokumen bersama-sama dengan borang permohonan seperti yang telah ditetapkan untuk memudahkan proses:

  1. Mykad / MyPR / MyKAS / Mykid / Sijil Lahir / Passport dan Visa bagi suami atau isteri atau tanggungan (jika berkenaan).
  2. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika berkenaan) sekiranya pemohon merupakan individu yang berstatus Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda.
  3. Pengesahan penamatan atau pembubaran perniagaan yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bermula 1 Oktober 2017 bagi para pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran lesen perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Nota: Sebarang semakan kelayakan melalui agensi atau sumber luar adalah tertakluk pada ketetapan yang diberikan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Penerima Kad Debit Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017/2018 adalah TIDAK LAYAK untuk membuat permohonan BR1M tahun 2018.

 

Sebarang pertanyaan dan info lanjut, sila rujuk laman web BR1M untuk keterangan lebih lanjut mengenai proses permohonan. Semoga bermanfaat.

Be the first to comment on "Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*