Takwim Kalendar Cuti Sekolah 2018 - Thenewsia
Connect with us

Pendidikan

Takwim Kalendar Cuti Sekolah 2018

Published

on

Setiap tahun , Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengemaskini takwim cuti sekolah. Selalunya ianya akan dikemaskini sekitar bulan Oktober bagi tahun akan datang. Kalendar  dan takwim cuti sekolah ini penting bagi hampir semua golongan di Malaysia. Khususnya kepada para guru, murid dan ibu bapa. Ianya juga berguna bagi seorang usahawan. Guru memerlukan takwim ini bagi merancang jadual pengajaran yang meliputi perancangan silibus pada tahun berkenaan. Para guru perlu menghabiskan silibus  tertentu pada masa yang ditetapkan mengikut takwim persekolahan ini. Begitu juga bagi seorang ibu bapa. Ianya penting dalam menentukan bilkah waktu sesuai untuk mengambil cuti untuk berkunjung ke tempat  tertentu ataupun untuk bercuti. Pada artikel kali ini kami berkongsi mengenai Kalendar cuti sekolah 2018 dan takwim sekolah 2018. Semoga ini bermanfaat.

Pelajar-pelajar yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga perlu mengambil tahu mengenai takwim ini.

Takwim Sekolah 2018 dan Kalendar Cuti Sekolah 2018

Kami kongsikan takwim sekolah 2018 berserta kalendar cuti sekolah.  Untuk pengetahuan tambahan anda sahaja, takwim ini tidak meliputi cuti-cuti umum seperti cuti peleapsan am. Ianya cuma meliputi cuti sekolah semmseter satu dan semester dua serta cuti pada pertengahan semester dan akhir tahun. Bagi cuti-cuti lain, akan kami kemaskini pada artikel berlainan. Pastikan anda sentiasa berada di blog ini untuk mendapatkan kemaskini.

Takwim cuti sekolah 2018 ini dibahagikan kepada 2 jenis sekolah. Umum mengetahui bahawa  terdapat beberapa sekolah di negeri-negeri lain yang bercuti pada hari jumaat. Maka takwim persekolah sekolah-sekolah ini berlainan daripada sekolah biasa.

Berikut adalah negeri yang menggunakan bercuti pada jumaat dan sabtu. Kumpulan sekolah ini disebut sebagai kumpulan A;

NEGERI YANG BERCUTI PADA JUMAAT
KEDAH
JOHOR
KELANTAN
TERENGGANU

 

Manakala berikut negeri yang bercuti pada Sabu Ahad;

NEGERI YANG BERCUTI PADA SABTU DAN AHAD

PERLIS
PERAK
PULAU PINANG
PAHANG
MELAKA
NEGERI SEMBILAN
KUALA LUMPUR
SABAH
SARAWAK
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

Rujuk jadual di bawah ini untuk melihat takwim dan kalendar cuti sekolah 2018.

takwim sekolah 2018

takwim sekolah 2018

Secara kasarnya, cuti-cuti ini dan bilangan hari cuti dibahagikan kepada;

  • Cuti pertengahan penggal 1 – Cuti 1 Minggu
  • Cuti pertengahan tahun –  Cuti 2 minggu
  • Cuti pertengahan penggal 2  –  Cuti  1 minggu
  • Cuti akhir tahun – cuti 5 minggu

Dan berikut  adalah jumah hari persekolahan mengikut penggal:

  • Awal tahun – 54 hari
  • Pertengahan penggal – 55 hari
  • Pertengahan tahun – 40 hari
  • Akhir tahun – 65 hari

Maka, dengan adanya jadual cuti sekolah ini, rancanglah setiap cuti anda dengan bijak. Pastikan setiap percutian anda berada pada tarikh-tarikh cuti mengikut takwim ini. Manakala kepada guru pula, boleh mula membuat rancangan pengajaran secara kasar bagi tahun 2018.

Semoga artikel Takwim Cuti 2018 dan Kalendar cuti persekolahan 2018 ini dapat membantu anda. Kongsikan kepada rakan sekelas anda, kepada rakan-rakan guru dan juga rakan-rakan ibu bapa lain agar mereka mendapat maklumat berguna ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *