Tarikh Bayaran Bantuan Persekolahan RM100 2018
Connect with us

Pendidikan

Tarikh Bayaran Bantuan Persekolahan RM100 2018

Published

on

Tarikh Bayaran Bantuan Persekolahan RM100 2018

Tarikh Bayaran Bantuan Persekolahan RM100 2018. Menerusi bajet yang telah dibentangkan bagi tahun 2018, sebanyak RM328 Juta diperuntukkan oleh kerajaan bagi meneruskan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Setiap murid atau pelajar yang berkelayakan tidak perlu membuat permohonan secara individu untuk mendapatkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang bernilai RM100. Sebaliknya pelajar akan layak atau dapat bantuan secara automatik berdasarkan kriteria pendapatan kasar bulanan ( isi rumah ) ibu bapa atau penjaga mereka.

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) adalah bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga. Bantuan ini dikhususkan kepada murid dari kalangan isi rumah yang berpendapatan RM3000 kebawah bermula dari Tahun / Darjah 1 hinga Tingkatan 5.

 

Tarikh Bayaran Bantuan Persekolahan RM100 2018

 

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) atau ke akaun khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

  • Tempoh perlaksanaan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2018 bermula dari bulan Januari sehingga Jun 2018 bagi sese persekolahan tahun 2018
  • Tarikh pembayaran (BAP) akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  terus ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) atau ke akaun Khas Pejabat Pedidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun (KWK) secara berperingkat mulai 12 januari 2018.

Untuk makluman, wang bantuan akan diagihkan kepada murid yang layak dalam tempoh 14 hari berkerja selepas peruntukan diterima oleh pihak sekolah.

Ibu bapa atau penjaga perlu mendapatkan maklumat lanjut mengenai (BAP) 2018 melalui pihak pengurusan sekolah anak / jagaan masing-masing kerana tarikh bagi majlis penyeraan bantuan persekolahan itu akan ditentukan  oleh pihak sekolah.

 

Syarat Kelayakan Penerima Bantuan Persekolahan  RM100

 

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk menerima bantuan persekolahan RM100 bagi setiap pelajar :

  • Murid warganegara Malaysia.
  • Bagi murid yang bukan warganegara Malaysia untuk layak menerima bantuan RM100, salah seorang ibu / bapa penjaga mestilah warganegara Malaysia.
  • Bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan termasuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Murid tahun 1 hingga tingkatan 5 setaraf dengan pendapatan isi rumah RM3000 dan kebawah
  • Keluarga yang berpendapatan isi rumah RM3000 dan keatas tidak layak.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *