Thenewsia

News In Malaysia

  • Home
  • Pendidikan
  • Semasa
  • Umum
  • Sukan
  • Hiburan
You are here: Home / Umum / Tarikh BR1M 2018 Masuk Dalam Akaun

Tarikh BR1M 2018 Masuk Dalam Akaun

on November 28, 2017

Tarikh BR1M 2018 Masuk Dalam Akaun. Berita baik kepada semua rakyat Malaysia, menurut pembentangan Bajet Tahun 2018 yang baru sahaja bersiar secara langsung tidak lama sebelum ini, pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan diteruskan pada tahun 2018 dengan jumlah bantuan yang sama seperti tahun 2017.

Bagi mana-mana individu yang telah membuat permohonan untuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu meringankan rakyat yang layak sahaja, anda boleh menyemak keputusan tersebut di pautan e-BR1M.

Tarikh BR1M 2018 Masuk Dalam Akaun

Sebelum itu, anda disarankan untuk masuk ke pautan Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018 terlebih dahulu untuk mengetahui kelayakan untuk memohon BR1M tahun 2018.

Terdapat tiga kategori untuk penerima BR1M tahun 2018, sama juga seperti tahun 2017, iaitu kategori individu bujang, kategori isi rumah pendapatan RM 3,000 dan ke bawah, dan kategori isi rumah pendapatan antara RM 3,001 hingga RM 4,000.

Tarikh BR1M 2018 Masuk Dalam Akaun

1) Kategori Individu Berstatus Bujang Berumur 21 tahun ke atas dan pendapatan bulanan RM 2,000 ke bawah

  • Jumlah bantuan: RM 450
  • Tarikh pembayaran: Februari 2018
  • Cara pembayaran: Dibayar secara sekaligus


2) Kategori Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM 3,000 dan ke bawah

  • Jumlah bantuan: RM 1,200
  • Tarikh pembayaran: Februari 2018, Jun 2018, Ogos 2018
  • Cara pembayaran: Dibayar secara berperingkat, iaitu sejumlah RM 400 untuk setiap bulan yang ditetapkan


3) Kategori Isi Rumah Berpendapatan Bulanan Antara RM 3,001 sehingga RM 4,000

  • Jumlah bantuan: RM 900
  • Tarikh pembayaran: Februari 2018, Jun 2018, Ogos 2018
  • Cara pembayaran: Dibayar secara berperingkat, iaitu sejumlah RM 300 untuk setiap bulan yang ditetapkan

Kaedah Pembayaran Insentif BR1M 2018

Terdapat dua kaedah yang disediakan untuk pembayaran insentif BR1M tahun 2018, iaitu melalui pengkreditan ke akaun bank dan melalui baucer BR1M.

1) Pengkreditan Ke Dalam Akaun Bank

Pembayaran akan dilakukan dengan duit bantuan tersebut dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemohon masing-masing yang layak menerima dan mengikut kategori pemohon tersebut.

2) Baucer Tuntutan BR1M

Kaedah ini hanya terhad kepada para pemohon yang tidak mempunyai akaun bank. Mereka akan menerima baucer BR1M yang diposkan mengikut alamat si penerima semasa memohon. Baucer ini hanya boleh ditunaikan dengan wang di bank yang terpilih sahaja seperti Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB dan Maybank.

Comments

  1. Karim says

    December 6, 2017 at 9:13 pm

    Harap BR1M 2018 ini dapat membantu meringankan kos sara hidup utk semua rakyat.

    Reply
  2. semakkini.com says

    February 26, 2018 at 2:44 am

    Harap la dapat BR1M ni. Dari dulu checkdalam proses saja

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Tonton Live Streaming KL vs Selangor Piala FA 2018 Suku Akhir
  • Tonton Siaran langsung Live Streaming Pahang vs JDT Piala FA 2018
  • Live Streaming Sabah VS JDT Piala FA 3/3/2018
  • Permohonan Biasiswa MyBrainSC KPT 2018 Online
  • Permohonan Biasiswa MyBrain15 KPM 2018 Online

Recent Comments

  • Mek ila on Permohonan Biasiswa Shell 2018 Online
  • semakkini.com on Tarikh BR1M 2018 Masuk Dalam Akaun
  • beritamalaysia on Panduan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2018
  • Mimpi Bersambung - Fiksyen Shasha on Live Streaming Kedah VS JDT Piala Sumbangsih 2018
  • Juni on Kadar Dividen KWSP 2017-2018 EPF

Archives

  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • February 2017

Categories

  • Hiburan
  • Pendidikan
  • Semasa
  • Sukan
  • Umum

Copyright ©  2018 Thenewsia · All Rights Reserved · Log in

Powered by Genesis and the Mobile First Adaptation Theme