Tarikh Karnival Pendidikan MARA 2018 - Thenewsia
Connect with us

Pendidikan

Tarikh Karnival Pendidikan MARA 2018

Published

on

Tarikh Karnival Pendidikan MARA 2018

Tarikh Karnival Pendidikan MARA 2018. Ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya? Tidak tahu hendak memilih yang sesuai buat anda? Kini anda tidak perlu risau lagi. Karnival Pendidikan MARA kini dianjurkan sekali lagi dengan memberi idea kepada semua pelajar lepasan SPM atau STPM tentang hala tuju untuk menyambung pelajaran.

 

Tarikh Karnival Pendidikan MARA 2018

Untuk rujukan mengenai tarikh Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2018, sila klik KPTN 2018.

Untuk makluman anda, Karnival Pendidikan MARA tahun 2018 anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan diadakan bermula bulan Mac 2018. Ketetapan lokasi karnival tersebut adalah 6 buah lokasi mengikut zon di seluruh Malaysia. Selain itu, pameran seperti booth juga disediakan untuk memberi pengenalan mengenai institusi MARA, peluang pendidikan, serta pembiayaan/ pinjaman tajaan untuk pendidikan.

Matlamat dan tujuan Karnival Pendidikan MARA diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat-maklumat yang perlu diketahui oleh setiap calon yang berminat mengenai peluang-peluang yang ditawarkan serta latihan yang disediakan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di seluruh Malaysia.

Jadual Dan Tarikh Karnival Pendidikan MARA 2018

Berikut merupakan maklumat mengenai jadual dan tarikh karnival pendidikan anjuran MARA tahun 2018:-

NegeriTarikhLokasi
Kuala Lumpur10 – 11 Mac

Sabtu dan Ahad

Lobi Dewan MARA. Lobi Busana MARA
Terengganu14 – 15 MacRabu dan KhamisTaman Tamadun Islam, Kuala Terengganu
Johor17 – 18 MacSabtu dan AhadPlaza Angsana, Johor Bahru
Sarawak17 – 18 MacSabtu dan AhadThe Hills Shopping Mall, Kuching
Kedah21 – 22 MacRabu dan KhamisDewan Kenangan MPSP, SG Petani
Sabah24 – 25 MacSabtu dan AhadCentre Point, Kota Kinabalu

 

Aktiviti Tambahan Pada Karnival Pendidikan MARA 2018

Selain daripada booth daripada institusi pengajian awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), banyak lagi aktiviti yang berlansung ketika karnival pendidikan MARA.

  • Jualan usahawan
  • Pendaftaran Alumni MARA
  • Food truck
  • Booth gambar (Photo booth)
  • Kaunseling dan ceramah kerjaya
  • Pendaftaran IPMa secara Online
  • Cabutan bertuah
  • Maklumat mengenai IPTS dan IPMa

 

Karnival akan bermula pada jam 8 pagi sehingga 6 petang. Masuk adalah percuma.

1 Comment

1 Comment

  1. nila anggraini

    January 16, 2018 at 11:23 am

    wah best ada cabutan bertuah juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *