Tarikh Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 - Thenewsia
Connect with us

Pendidikan

Tarikh Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018

Published

on

Tarikh Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018. Perhatian kepada pelajar SPM, STPM, Matrikulasi, dan mana-mana institut yang menawarkan pengajian peringkat diploma, Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) akan diadakan sekali untuk tahun ini. Sekiranya anda berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya, pastikan anda mengetahui tarikh dan lokasi KPTN tersebut diadakan di seluruh Malaysia.

 

Tarikh Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018

Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 (KPTN) atau dikenali sebagai Karnival Jom Masuk U bakal memasuki edisi ke 14 pada tahun ini dan akan dianjurkan di seluruh Malaysia (beberapa zon dan negeri). Karnival tersebut akan diadakan bermula dari hujung bulan Januari sehingga ke bulan April 2018.

Tujuan Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 Dianjurkan

Seperti yang kita sedia maklum, program KPTN tersebut dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada semua orang khususnya program yang ditawarkan oleh setiap Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi peringkat ijazah sarjana muda atau diploma. Manakala, sekiranya anda berminat untuk mengambil diploma dahulu, anda boleh mengetahui serba sedikit tentang Kolej Komuniti, Politeknik, dan ILKA mengenai program yang ditawarkan mengikut kemahiran yang anda minati.

Antara tujuan-tujuan utama program KPTN diadakan adalah seperti yang berikut:-

  1. Memberi maklumat terperinci mengenai program yang ditawarkan oleh setiap institut pengajian tinggi (IPT) di seluruh Malaysia termasuk syarat kelayakan untuk memasuki IPT yang diingini.
  2. Memberi nasihat dan idea mengenai hala tuju masing-masing mengikut kesesuaian program yang ditawarkan.
  3. Dapat membantu pelajar untuk membuat keputusan yang terbaik dalam memilih IPT dengan melihat dari seluruh aspek supaya tidak terbeban untuk masa akan datang.
  4. Dapat membuat perbandingan antara IPT seluruh Malaysia.

Tarikh Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 Diadakan

Berikut merupakan jadual beserta tarikh dan lokasi program KPTN akan diadakan di seluruh Malaysia. Anda dinasihatkan untuk membawa keputusan peperiksaan yang terkini semasa di program KPTN nanti. Masuk adalah percuma dan bermula pada jam 8 pagi sehingga 5 petang.

NEGERITARIKHLOKASI
1. SABAH (Tawau)27-28 Januari 2018Akan dikemaskini
2. SARAWAK (Miri)27-28 Januari 2018Akan dikemaskini
3. MELAKA3-4 Februari 2018Akan dikemaskini
4. PERLIS10-11 Februari 2018Akan dikemaskini
5. KEDAH10-11 Februari 2018Akan dikemaskini
6. JOHOR24-25 Februari 2018Akan dikemaskini
7. NEGERI SEMBILAN24-25 Februari 2018Akan dikemaskini
8. TERENGGANU3-4 Mac 2018Akan dikemaskini
9. PAHANG3-4 Mac 2018Akan dikemaskini
10. PULAU PINANG10-11 Mac 2018Akan dikemaskini
11. KELANTAN10-11 Mac 2018Akan dikemaskini
12. SABAH (Kota Kinabalu)17-18 Mac 2018Akan dikemaskini
13. W.P LABUAN17-18 Mac 2018Akan dikemaskini
14. SELANGOR31 Mac-1 April 2018Akan dikemaskini
15. PERAK7-8 April 2018Akan dikemaskini
16. SARAWAK (Kuching)7-8 April 2018Akan dikemaskini

*info: Belum ada info lanjut mengenai lokasi yang diadakan di setiap negeri. Maklumat mengenai lokasi program KPTN diadakan akan dikemaskini setelah mendapat info rasmi dari Jabatan Pengajian Tinggi (JPT).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *