Tarikh Keputusan SPM 2017 Diumumkan - Thenewsia
Connect with us

Umum

Tarikh Keputusan SPM 2017 Diumumkan

Published

on

Tarikh Keputusan SPM 2017 Diumumkan

Tarikh Keputusan SPM 2017 Diumumkan. Perhatian kepada semua pelajar Tingkatan 5 yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2017, keputusan SPM akan dikeluarkan tidak lama lagi. Peperiksaan SPM tahun 2017 telah diadakan bermula 6 November hingga 4 Disember 2017, kini para pelajar boleh mendapatkan keputusan masing-masing sebagai syarat untuk membuat permohonan UPU.

 

Tarikh Keputusan SPM 2017 Diumumkan

Sebelum membuat permohonan UPU, anda dikehendaki untuk membeli Nombor Pin UPU 2018 BSN sebagai syarat untuk membuat permohonan. Sila klik No ID UPU 2018 untuk cara-cara membeli Nombor Pin UPU tersebut.

Berdasarkan tarikh-tarikh keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikeluarkan untuk tahun-tahun sebelumnya, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan memilih satu tarikh pada bulan Mac setiap tahun untuk mengumumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia boleh diambil secara rasmi.

Berikut merupakan tarikh rasmi bagi keputusan Peperiksaan SPM tahun 2017 akan diumumkan.

TARIKH RASMI KEPUTUSAN SPM 2017 DIKELUARKAN KPM
TarikhBulan Mac 2018
Masa10 pagi

*Nota: Tarikh yang sebenar belum lagi dikeluarkan. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa setelah KPM dan Lembaga Peperiksaan telah mengumumkan tarikh rasmi bagi semakan keputusan Peperiksaan SPM tahun 2017.

Berikut merupakan tarikh-tarikh keputusan SPM dikeluarkan untuk tahun sebelumnya:

  • SPM tahun 2016: 16 Mac 2017
  • SPM tahun 2015: 3 Mac 2016
  • SPM tahun 2014: 3 Mac 2015

Kaedah Semakan Keputusan Peperiksaan SPM Secara Online Dan SMS

Untuk pengetahuan calon-calon lepasan SPM tahun 2017, terdapat dua kaedah yang boleh digunakan untuk membuat semakan keputusan peperiksaan anda, iaitu secara online dan SMS.

1. Semakan Keputusan Peperiksaan Secara Online

Semakan Online
Sistem AplikasiSPPAT Semakan Keputusan Peperiksaan SPM 2017
  • Sila tekan sistem aplikasi SPPAT
  • Masukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda (-) dan Nombor Angka Giliran tanpa “selang” dalam ruangan yang telah disediakan

-Sistem aplikasi tersebut hanya akan diaktifkan setelah tarikh rasmi keputusan peperiksaan telah diumumkan.

-Semakan keputusan menerusi laman web tersebut hanya memaparkan ringkasan keputusan. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN.

 

2. Semakan Keputusan Peperiksaan Secara SMS

Berikut merupakan kaedah semakan keputusan Peperiksaan secara SMS:

  • Taip: SPM <jarak> No Kad Pengenalan <jarak> Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888
  • Contoh: SPM 990523121234 WY189A123 sms ke 15888

-Sistem aplikasi tersebut hanya akan diaktifkan setelah tarikh rasmi keputusan peperiksaan telah diumumkan.

Cara Mendapatkan Keputusan Penuh SPM 2017

  • Bagi calon sekolah, anda boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan
  • Bagi calon persendirian, anda akan dimaklumkan melalui Pos, atau boleh hubungi terus Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bahagian tempat mendaftar SPM

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *