Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2018 - Thenewsia
Connect with us

Semasa

Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2018

Published

on

TARIKH PEMBAYARAN BONUS KAKITANGAN AWAM 2018

Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2018. Berita baik kepada semua penjawat kakitangan awam, pembayaran bonus pada tahun 2018 akan dijalankan seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2018, menurut jumlah yang telah ditetapkan semasa pembentangan tidak lama sebelum ini.

 

Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2018

Walaupun permohonan Congress of Unions of Employee in the Public and Sivil Services (CUEPACS) semasa dalam pembentangan Bajet 2018; iaitu untuk memberikan bonus sebanyak sebulan setengah gaji tidak diluluskan, kerajaan tetap memberikan insentif khas kepada penjawat awam dan pesara kerajaan.

Kepada penjawat awam dan pesara kerajaan, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan khas sebanyak RM 1,500 kepada penjawat awam dan RM 750 kepada pesara kerajaan bagi meringankan beban kos sara hidup.

 

Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2018

Pemberian khas tersebut boleh diangap sebagai “bonus” kerana sedikit sebanyak membantu pesara kerajaan dan penjawat awam untuk meringankan bebanan kos sara hidup.

Berikut merupakan tarikh pemberian bonus mengikut kategori:-


1. Pembayaran Bonus Kategori Penjawat Awam

Berikut merupakan maklumat pembayaran bagi kategori penjawat awam.

JumlahRM 1,500
Cara bayaranDibayar secara berperingkat (dua kali)
Tarikh pembayaranRM 1,000 (awal Januari 2018)

RM 500 (sebelum Hari Raya Aidilfitri 2018)

*Tarikh rasmi Bayaran Khas 2018 akan diumumkan setelah Jabatan akauntan Negara mengeluarkan pekeliling dan kenyataan rasmi.

2. Pembayaran Bonus Kategori Pesara Kerajaan

Berikut merupakan maklumat pembayaran bagi kategori pesara kerajaan

JumlahRM 750
Cara bayaranDibayar secara berperingkat (dua kali)
Tarikh pembayaranRM500 (awal Januari 2018)RM250 (sebelum Hari Raya Aidilfitri 2018)

*Tarikh rasmi Bayaran Khas 2018 akan diumumkan setelah Jabatan akauntan Negara mengeluarkan pekeliling dan kenyataan rasmi.

Kandungan Bajet 2018 Untuk Penjawat Awam.

  • Penjawat awam yang diberhentikan perkhidamatan disebabkan kesihatan masih menerima faedah persaraan seperti pegawai berkhidmat sehingga unur persaraan.
  • Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Cuti Rehat Khas dinaikkan daripada 7 hari kepada 10 hari manakala Ganti Cuti Rehat yang melebihi 150 hari doleh digunakan sebagai cuti rehat ada tahun persaraan.
  • Sebanyak 10,000 unit perumahan PPA1M-PDRM akan dibina.
  • Cuti bersalin dinaikkan daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatan. Maksimum 90 hari setahun.
  • Kadar pencen terendah dinaikkan kepada RM1000. Sekurang-kurangnya 25 tahun perkhidmatan.
  • 7 hari tanpa rekod bagi yang mengerjakan umrah.
  • Bagi penjawat awam wanita yang mengandung 5 bulan ke atas dibenarkan untuk balik awal sejam. Begitu juga dengan suami (syaratnya, suami isteri mestilah berada di lokasi yang berdekatan).
  • Pembelajaran sepanjang hayat bagi penjawat awam yang mengambil Kursus Sarjana dan PHD in house.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *