Tarikh Pembelian No Pin IPG 2018 KPM - Thenewsia
Connect with us

Pendidikan

Tarikh Pembelian No Pin IPG 2018 KPM

Published

on

Tarikh Pembelian No Pin IPG 2018 KPM

Tarikh Pembelian No Pin IPG 2018. Bagi mana-mana pelajar lepasan tingkatan 5 yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mempunyai minat untuk menjadi warga pendidik tidak kira sekolah rendah mahupun sekolah menengah, anda kini boleh memohon untuk memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) melalui program di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), yang dikenali sebagai Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

 

Tarikh Pembelian No Pin IPG 2018

Untuk mengetahui alamat lokasi Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh Malaysia yang berdekatan dengan tempat anda beserta nombor dan email yang boleh dihubungi, sila klik Senarai IPG Maktab Perguruan di Malaysia.

Permohonan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) ambilan tahun 2018 kini boleh dibuat atas talian . Aplikasi permohonan Program Perguruan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang akan dibuka untuk capaian pemohon pada satu tarikh yang bakal diumumkan.

Permohonan dibuat atas talian menerusi Aplikasi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2018. Pemohon baru yang mendaftar pertama kali sebagai pengguna sistem berkenaan perlu mendaftar terlebih dahulu. Mohon perhatian bahawa sebarang pendaftaran untuk permohonan kemasukan IPG tidak memerlukan pemohon untuk membeli sebarang no pin atau no unik ID seperti permohonan UPU yang memerlukan No Pin UPU.

Tarikh Permohonan Kemasukan IPG 2018

Berikut merupakan tarikh-tarikh yang anda perlu peka iaitu tarikh permohonan kemasukan IPG dibuka dan tarikh permohonan kemasukan IPG ditutup. Permohonan tersebut boleh dilakukan secara online.

Tarikh Permohonan Dibuka:Bulan Mac 2018(Tarikh rasmi akan dikemaskini)
Tarikh Permohonan Ditutup: Tarikh rasmi belum dikeluarkan
Permohonan Secara Online:Aplikasi Permohonan IPG

 

Prosedur Untuk Kemasukan Ke Institut Pendidikan Guru (IPG) Tahun 2018

Berikut merupakan prosedur yang perlu dipatuhi oleh setiap calon yang ingin memohon untuk memasuki IPG:-

  • Calon perlulah membuat permohonan secara online melalui Aplikasi Permohonan IPG.
  • Calon yang berjaya akan dimasukkan ke dalam senarai pendek untuk melalui Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) tersebut akan dibahagikan kepada dua (2) bahagian iaitu bahagian bertulis dan bahagian fizikal. Ujian ini diadakan dengan bertujuan untuk menguji tahap fizikal dan intelektual setiap pemohon.
  • Setelah selesai sesi UKCG, para calon akan menunggu selama beberapa hari sebelum keputusan rasmi UKCG dikeluarkan. Hanya pemohon yang berjaya/ lulus dalam sesi UKCG sahaja akan ditawarkan untuk ke sesi seterusnya, iaitu sesi temuduga.
  • Para pemohon yang berjaya mendapat tawaran untuk sesi temuduga akan dihubungi mengenai lokasi dan masa untuk temuduga akan dijalankan.
  • Setelah sesi temuduga selesai, pemohon akan menunggu selama beberapa minggu sebelum keputusan temuduga diketahui sama ada calon tersebut layak/ tidak layak untuk memasuki IPG.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *