Tarikh Penting Permohonan UPU 2018/2019 - Thenewsia
Connect with us

Pendidikan

Tarikh Penting Permohonan UPU 2018/2019

Published

on

Tarikh Penting Permohonan UPU 2018/2019

Tarikh Penting Permohonan UPU 2018/2019. Perhatian kepada semua calon yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya, berikut merupakan tarikh-tarikh penting yang anda perlu ketahui mengenai permohonan UPU sesi 2018/2019.

 

Tarikh Penting Permohonan UPU 2018/2019

Tarikh-tarikh yang telah dikeluarkan ini hendaklah diambil berat oleh kesemua yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Dengan rujukan tarikh tersebut, urusan seperti tarikh buka dan tutup permohonan, membuat rayuan, dan pembelian pin UPU juga dapat memudahkan para pemohon agar tidak terlepas peluang keemasan berkenaan. Selain itu, pemohon juga dapat mengetahui tentang keputusan UPU (penempatan tempat belajar) dan pengumuman mengenai e-Rayuan.

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting yang berkaitan dengan permohonan UPU 2018/2019:-

Permohonan Dibuka:5 Februari 2018(12.00 tengahari)
Permohonan Ditutup:10 April 2018(11.59 malam)
Permohonan Online:Permohonan UPU Online

 

Kategori Permohonan UPU

Terdapat dua kategori dalam permohonan UPU, iaitu untuk kategori lepasan STPM/Setaraf dan Lepasan SPM/Setaraf.

1. Kategori lepasan STPM/Setaraf

Bagi kategori ini, pemohon boleh memohon UPU Online bagi peringkat Program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA).

Pemohon yang yang boleh memohon untuk kategori ini ialah pelajar lepasan:-

  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2017
  • Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2017/2018
  • Asasi Sains Universiti Malaya 2017/2018
  • Asasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2017/2018
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia 2016 dan 2017
  • Diploma/ Setaraf (Diploma UA/ Politeknik, DKM, DKLM, DVM, Diploma IPTS, Diploma luar negara, lain-lain diploma, kelayakan setaraf dengan A-Level, IB, AUSMAT, SAM, CPU dan STPM/ STAM/Matrikulasi (bukan tahun semasa).

2. Kategori Lepasan SPM/Setaraf

Bagi kategori ini, pemohon boleh memohon UPU Online bagi peringkat Program Asasi, Diploma di Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Pemohon yang yang boleh memohon untuk kategori ini adalah pelajar lepasan SPM pada tahun 2015, 2016, dan 2017.

*Untuk pengetahuan semua, semua program yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA), Politeknik dan Kolej Komuniti mendapat akreditasi daripada Malaysian Qualification Resister (MQA).


Cara Membuat Permohan UPU secara Online.

  • Sebelum membuat permohonan UPU secara Online, sila pastikan anda membeli Nombor Pin UPU di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Negara. Pembelian Nombor Pin UPU boleh didapati di kaunter BSN ataupun mesin ATM.
  • Nombor Pin UPU boleh diberi pada 5 Februari 2018 sehingga 9 April 2018.
  • Pembelian Nombor Pin UPU hendaklah dibuat secara individu.
  • Harga Nombor Pin UPU ialah RM15.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *