Tarikh Penting Permohonan UPU Sesi 2019/2020
Connect with us

Pendidikan

Tarikh Penting Permohonan UPU Sesi 2019/2020

Published

on

Tarikh Penting Permohonan UPU Sesi 2019/2020
Tarikh Penting Permohonan UPU Sesi 2019/2020

Tarikh Penting Permohonan UPU Sesi 2019/2020 – Setiap tahun Kementerian Pengajian Tinggi melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) akan membuka sistem UPU Online kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) untuk membuat permohonan kemasukan ke pengajian tinggi dalam negara. Tujuan utama sistem UPU dibina adalah untuk memudahkan pelajar membuat permohonan secara atas talian (online).

Untuk makluman, pemohon perlu membeli nombor pin unik daripada Bank Simpanan Nasional (BSN). Kemasukan ke universiti awam melalui sistem ini hanya terbuka kepada rakyat Malaysia sahaja. membuat permohonan pemohon dinasihatkan untuk membuat semakan kelayakan terlebih dahulu. Ini kerana setiap pusat pengajian telah menetapkan syarat minima untuk melanjutkan pengajian di institusi masing-masing.

Kalendar Dan Tarikh Penting Permohonan UPU Sesi 2019/2020

Tarikh-tarikh penting ini dapat membantu pemohon yang membuat permohonan kemasukan ke mana-mana universiti yang telah disenaraikan. Tarikh penting permohonan juga dapat membantu pemohon untuk membuat persiapan dari awal.

Sebagai makluman, tarikh yang dinyatakan masih tertakluk kepada perubahan semasa mengikut Potral Rasmi Kementerian. Sekiranya terdapat sebarang perubahan artikel akan dikemaskini dengan kadar segera.

Kalendar Dan Tarikh Penting Permohonan

  • Permohonan UPU 2019/2020 Dibuka : 25 Februari 2019
  • Jualan Unik ID BSN : 25 Februari 2019
  • Permohonan UPU Online Ditutup : 12 April 2019
  • Jualan Unik ID Ditutp : 11 April 2019

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai Permohonan UPU, pemohon boleh terus layari ke Potral Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia.

klik disini ===. Potral Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Untuk makluman, aduan dan pertanyaan berkaitan kemasukan pelajar ke IPTA hanya akan dilayan melalui saluran rasmi

klik disini == > HTTP://UPU.MOE.GOV.MY

Semoga semua calon yang memohon permohonan tersebut berjaya dan dapat masuk ke universiti yang dipohon..

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *