Tarikh Peperiksaan SPM, PT3, UPSR, STPM, PAV 2018 - Thenewsia
Connect with us

Pendidikan

Tarikh Peperiksaan SPM, PT3, UPSR, STPM, PAV 2018

Published

on

Tarikh Peperiksaan SPM, PT3, UPSR, STPM, PAV 2018

Tarikh Peperiksaan SPM, PT3, UPSR, STPM, PAV 2018. Perhatian kepada semua calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Pentaksiran Asas Vokasional (PAV) pada tahun 2018, anda hendaklah peka dengan segala jadual yang telah ditetapkan agar dapat membuat persediaan dengan lebih awal untuk menghadapi peperiksaan tersebut.

 

Tarikh Peperiksaan SPM, PT3, UPSR, STPM, PAV 2018

Untuk pengetahuan anda, peperiksaan SPM, PT3, UPSR, STPM, PAV merupakan ujian yang wajib diambil oleh kesemua pelajar mengikut tahun yang mereka duduki sekarang. Melalui penilaian tersebut, keputusan yang diperolehi akan menentukan hala tuju anda ke mana.

Sebagai contoh, untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), keputusan UPSR akan dinilai dan akan kelayakan untuk memasuki sekolah tersebut adalah berdasarkan keputusan UPSR. Begitu juga PT3 sekiranya anda berminat untuk menyambung pelajaran ke Tingkatan 4 SBP atau MRSM, PAV untuk kemasukan ke Sekolah Teknik/ Vokasional, dan sebagainya.

Berikut merupakan tarikh peperiksaan SPM, PT3, UPSR, STPM, PAV 2018 bagi calon yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini seperti yang telah diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):-

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

PERKARATARIKH
Ujian Bertulis20, 24-27 September 2018

 

Pentaksiran Asas Vokasional (PAV)

PERKARATARIKH
Ujian Bertulis8 hingga 10 Oktober 2018

 

Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)

PERKARATARIKH
Pelbagai InstrumenGeografi : 8 hingga 27 Julai 2018

Sejarah : 2 hingga 25 Mei 2018

Ujian LisanBertutur (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan LAM : 13 hingga 15 Ogos 2018)
Maharat Al-Quran & Al-Hifz Al-Quran18 hingga 28 September 2018
Ujian Bertulis8 hingga 11 Oktober 2018

 

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

PERKARATARIKH
Ujian Bertulis13 November hingga 13 Disember 2018

 

Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU)

PERKARATARIKH
Ujian Lisan4 hingga 30 Jun 2018
Ujian Bertulis19 hingga 21 Jun 2018

 

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

PERKARATARIKH
Kerja Kursus1 Mac hingga 30 Jun 2018
Ujian Lisan16 hingga 27 Julai 2018
Ujian Bertulis16 hingga 18 Oktober 2018

*nota: Tarikh peperiksaan bagi setiap peperiksaan di atas adalah tertakluk kepada pindaan semasa Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *