Tema dan Logo Hari Kemerdekaan 2018 (Hari Kebangsaan) - Thenewsia
Connect with us

Umum

Tema dan Logo Hari Kemerdekaan 2018 (Hari Kebangsaan)

Published

on

logo hari kemerdekaan

Tidak lama lagi dah nak sambut hari kemerdekaan tahun 2018. Hari kemerdekaan ni juga orang sebut sebagai hari kebangsaan. Pada pandangan saya,  apa yang menarik pada hari kebanngsan kali ini adalah ini merupakan hari kebanngsaan pertama ianya disambut oleh kerajaan baharu. Yelah, setelah 60 tahun ianya diperintah oleh parti yang sama, akhirnya berubah jugaklah ke parti baharu yang memerintah. Walaupun tampuk pemerintah tertinggi adalah orang yang sama yang memerintah lama sepanjang 60 tahun lepas kan. :D.

Tapi kali ini bukan nak cerita pada politik ni. Tapi nak cerita tentang  logo dan tema hari kebangsaan tahun ini. Oh lupa pulak, untuk pengetahuan tambahan pembaca , tahun ni adalah hari kebangsaan yang ke 61.

 

Tema dan Logo yang Simple Tapi Bemakna

Tema hari kebangsaan tahun ni adalah;

“Sayangi Malaysiaku”

Simple bukan. Pada pendapat saya, kira dah okaylah tu tema begitu digunakan pada tahun ni. Dengan bercambahnya sifat perkauman di kalangan rakyat Malaysia saban hari. ada baikanya ianya kembali dipupuk untuk mengembalikan kesejahteraan yang pernah dikecapi sebelum ni.

Seingat saya masa kecil kecil dulu bila tiba je hari Kebangsaan, semua akan semangat pasang bendera Malaysia.

pakcik pasang bendera

Tapi semenjak dua menjak ni, aktiviti pasang dan kibarkan bendera ni dah jarang kita nampak.

Hari kemerdekaan tu berlalu begitu sahaja tanpa ada apa-apa rasa semangat hendak meraikannya. Entah di mana silapnya. Semakin hari makin hilanglah pulak sikap patriotik dalam diri kita.

Adakah disebabkan dengan kecanggihan dunia teknologi sekarang menyebbakan semua orang sibuk di alam maya.

Berbeza pula dengan negara-negara lain, apabila tiba hari kemerdekaan/kebangsaan mereka, mereea akan sambut dengan kaw kaw punyalah.

 

Pernah dahulu, saya order barang dari China, seller beritahu yang penghantaran tidak boleh dilakukan waktu itu. Sebab negara dorang cuti seminggu. Sempena hari kebangsaan. Fuh. Bayangkanlah sampai begitu sekali mereka nak sematkan rasa patriotik tu dalam diri setiap rakyat mereka.

sambuta kemedekaan china

Ingatkan cuti seminggu  kat China ni cuma propa je. Tapi disebabkan saya terlebih rajin, saya google lah.

Ni yang saya dapatdari satu lamanweb mengenai pelancongan di China.

cuti china

Cuti hari kebangsaan di China adalah bermula 1 October hinggan 7 October. Seminggu ini dorang sebut ataupun panggil sebagaqi minggu emas.

Okay, dah cakap panjang lebar tentang tema. Kita pergi ke bahagian logo pula.

Tengok gambar di bawah ini. Gambar tu merupakan logo hari kemerdekaan tahun ini.

logo merdeka

Tak tahu lah adakah cuma perasaan saya, ataupun logo sebegitu macam selalu nampak. Logo seakan hari keluarga, keluarga penyayang something like that la.haha. Saya bukan expert bab bab logo ni. Ulasan ni cuma ulasan pada mata amatur macam saya. CUba tengok gambar di bawah ini. Lebih kurang sama lah kan.

kelaurga logo

Logo ni nampak klise . Oya baru teringat. Nampak macam logo larian marathon pun ada juga.haha.

Tapi dibandingkan dengan logo sebelum ini, di mana bendera Malaysia tu cuma dicrop dijadikan segi empat. Tengok bawah ini.

 

logo o2017

Orang kata, “senang buat duit” nampak designer tu.hehe.

 

Tak tahulah, mungkin ada simbolik tersendiri designer cipta logo tersebut. Manatahu dia dah kira vector ukuran, dimension, bagai kan.  Apa yang penting, terima setiap hasil karya seseorang.

Okeylah akhir kata dari saya, Jom sama-sama semarakkan hari kemerdekaan tahu ni. Janganlah asyik 24 jam hadap internet. Update status kemerdekaan , tapi 1 bendera pun tak kibar kat rumah, kereta, pejabat atau tempat-tempat lain.

Tempat Sambutan Merdeka

Oya, sambutan merdeka tahu ni dibuat kat Putrajaya. Katanya sempena meraikan kerajaan baharu yang baru memerintah Malaysia. Sebenarnya sambut kat mana-mana pun tak apa. Tapi saya kurang setuju alasan  disebabkan menyambut kerajaan baharu.  Sebab apa? Sebab hari kemerdekaan ni tak ada kaitan pun dengan keputusan pilihanraya yang lalu. Sepatutnya tanmakan semangat patriotik dan mengingati perjuangan tokoh terdahulu yang perlu diterapkan. Setuju tak?

Lagu hari Kebangsaan 2018

Dan tidak ketingggalan juga, setiaptahun kan mesti ada lagu khas untuk kemrdekaan ni.

Tahun ni, lagu bertajuk “Kita Punya Malaysia

Nyanyian Bunkface. Tonton video ni.

Bila pertama kali dengar , lagu ni tak melekat di kepala. Mungkin nanti bila dah selalu diputarkan di radio, akan melekatlah di kepala. Sepatutnya lagu lagu kebangsaan ini adalah lagu yang boleh dinanyikan bersama-sama tanpa memerlukan pun teknik nyanyian yang betul. Contoh baik macam lagu Keranamu Malaysia.

Lagu keranamu Malaysia ni, muzik awal-awal pun dah buatkan kita tak sabar nak nanyi sama-sama kan.

 

Okehlah, akhir kata dari saya, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2018 yang ke-61.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *